Thursday, May 20, 2004
ari nie aku pegi bandar, post resume aku kat beberapa company.pastu balik umah aku layan tengok citer
'Taloompuk'.citer thailand..bagi aku bestlah citer nie.

citer Taloompuk nie pasal kisah cinta terlarang dengan gadis yg beragama Islam dengan pemuda beragama Buddha. Kisah nie mengambil latar di sebuah pulau yang bernama Taloompuk di mana kisah cinta ini cuba mengaitkan kejadian ribut/taufan yang melanda pulau Taloompuk. Kejadian ribut/taufan nie adalah kejadian sebenar yang melanda pulau tue sekitar tahun 1960an dimana ianya telah mengorbankan beribu@berpuluh ribu penduduk kampung. effect ombak, ribut tue memang best..ala-ala hollywood gitu..nampak macam real jugaklah..tapi yang best pasal citer nie bukan sebab effect tapi sebab jalan citer dan apa mesej yang cuba disampaikan melalui filem ini.pendek kata memang bestlah citer nie..tapi bagi sesetengah orang derang tak suker tengok citer yg kena pikir..lebey suker tengok citer Mr Cinderellla ke, Cinta Kolestrol ke dan mana-mana cerita yang bagi aku tak membina minda langsung..nie pandangan dan citarasa akulah...lain orang lain taste kan..ada yg suker layan citer cenggini dari nak tengok cerita tentang perjuangan ke apa ke..
aku suker tengok citer iran.suker dengan cara dan apa yang ingin disampaikan melalui filem. antara filem iran best dan berkesan bagi aku ialah
'The Circle, The Mirror, Children of Heaven, I'm Taraneh, 15, Kandahar, dan banyak lagik yang aku dah lupa tajuknyer. hampir kesemua filem ini mengangkat subjek kanak-kanak dan wanita..

..ehehe..maybe tue antara sebab yang aku minat citer camnie..pelakon die bukan pelakon glemer mcm si Erra -Yusri tapi sekadar pelakon yang diambil berlakon (casting) sebelum filem itu di buat..maknayer mereka semua nie tak penah ada pengalaman berlakon tapi lakonan derang memang superb..rasa-rasanyer kalo tanya kat remaja malaysia nie kenal tak samira makhalbaf, aku rasa ramai tak kenal..bukan setakat remaja aje tak kenal, org dewasa pun tak kenal. die nie adalah pengarah wanita termuda yg pernah mengarah filem kat iran. bukan setakat tue ajer, die ada menang award kat international film festival dan yang paling best umur die muda dalam lingkugan 20an gitu(aku dah lupa umur die yg tepat).filem yang die arah bukannyer filem cintan-cintun remaja tapi tentang apa yang berlaku di sekelilingnye.hebat kan dier....
cakap pasal filem kat malaysia nie...memang filem berat susah nak carik makan..tengoklah filem Paloh dengan Embun..mana ada sampai box-office pun kutipan..tapi kalo citer yg remeh-temeh tue sampai 3, 4 juta.salah satu,dua ,tiga faktornye ialah peminat fiem malaysia yang malas nak berpikir kritis,syarikat production yang takut rugi kalo taja filem-filem berat pastu banyak sangat org yg beri kutukan yg tak membina terhadap filem berat yg baru nak merangkak kat malaysia nie.

..rasa-rasanyer ada tak orang malaysia(esp golongan remaja) yang bercita-cita nak jadik macam samira..aku rasa macam takde ajer sebab mostly dok giler dengn dunia glemer macam akademi fantasia dan yang seangkatan dengannyer....am i right...?