Sunday, August 08, 2004

Sebelum ini aku pernah kata yang aku sedang boikot AF2,tapi malam tadi aku telah menonton
konsert AF2(hanya ketika lagu Menuju Puncak)untuk mengetahui samada khabar angin yang aku
terima itu betul ke tidak.Ternyata memang ianya benar dan aku rasa kembali bersemangat menatap
handphone aku.ehehhe.Terus saja aku AFMASUK Linda.Info ini aku telah ketahui awal pagi tadi lagi
melalui Linda's Club.Best jugak yer biler gosip sebegini yang tersebar antara kami menjadi
benar.Aku dapat bayangkan mereka yang meluahkan rasa kecewa dalam Yahoo Groups itu kembali
bersemangat.Aku boleh imagine yang dalam hati mereka kata 'Yes...aku nak vote giler punya,janji
Linda akan perform final nanti...'Aku nak vote sampai beratus tue takdelah,just ala kadar
cukup makan ajer.Aku bukannya orang kaya pun nak vote giler-giler...Kalaulah aku nie anak orang
kaya,aku sure vote habis-habisan punya..Kalaulah....


Aku perhatikan muka setiap pelajar AF sbila RMS umumkan yang final akan ada 6 orang.Linda pegang
tangan mak Edlin sambil tunjuk ke arah Mas.Agaknya Linda kata mesti Mas akan masuk final.Bila
Aznil kata boleh vote student yang dah keluar untuk masuk balik(macam wildcard dalam Bintang
RTM and Malaysian Idol),Anding tersenyum lebar,Zarina tersenyum,Nurul muka selambar,Linda(tak tau
nak describe coz dia tak senyum pun time tue),Edlin dgn Fitri tak perasan pulak aku..aku pokus
kat Linda tapi aku tengok yang paling hepi ialah Zarina.Mmmm..Zarina macam yakin kot yang dia akan
masuk balik.Tapi aku tak taulah,nie description aku jer..kalau salah tolong jolokkan yer...


So,aku berharap yang Linda akan dimasukkan kembali.Saingan sengit akan datang dari Zarina dan Mas.
Mana tau voters Mas balas dendam utk malam nie,tapi aku harap voters Mas tau menilai keupayaan
Mas sendiri.Mas memang jujur,tapi kejujuran sahaja tidak cukup utnuk menjadi artis yang berjaya.
Adakah Siti Nurhaliz,Misha Omar itu jujur,kawan-kawan AF2 yang lain tidak jujur kerana selama ini kita
hanya disogokkan dengan kejujuran Mas?


Okey..aku nak tido dulu.So far Linda is leading with 55%,following by Zarina 22% and Mas 13%.
Ada yang tak puas hati sebab kata nie semua dibuat sebab Linda.Mmm...baru tau penangan pesona
bintang camne rasanya.before this Linda tak penah pun dapat keistimewaan promo lebih-lebih time
konsert,so bagilah chance kat dia yer.Hopefully she will make it.Tak sabar tunggu pukul 8 esok
dan harap berita yang bakal aku terima adalah menggembirakan..
Comments: Post a Comment