Thursday, August 11, 2005

Kisah di Pandan Cahaya

Hari Selasa dan Rabu yang lalu aku kena roll-out di sana seorang diri.Tapi takpe sebab tempatnya pun dekat je,dalam 43KM je.Installation day berjalan lancar sambil mengajar derang guna system.Bosan jugak kena ngajar lagi walhal derang nie dah datang training.Sambil bagi derang try system,aku melepak depan TV (TV ada disediakan di customer waiting room).Channel yang dipasang ialah Channel @15.Biasalah ulangan Diari AF dan ulangan Konsert AF.Tengah aku tengok sambil baca paper(cover sebenarnya tanak bagi nampak sangat aku layan..ehehe)datanglah sorang akak ni(Service Manager).Dia pun duduk sambil tengok AF.Bicara bermula..


Aku : "Akak minat AF ke?"
Akak SM : "Takdelah ikut sangat, cuma ikut jugak masa final concert.Skang ni baru nak tengok balik.Seronok tengok bebudak nie sume.."
Aku : "Oh ye ke...akak minat sape?"
Akak SM : "Takde minat sesapa tapi sokong Mawi dengan Amylea.."
Aku : "Ohh..yeke...(minat le tue..bicara dalam hati aku..ehehh)
Akak SM : "Ye la...kalo boleh kita nak orang Islam kan menang, Felix dengan Marsha tu kan Kristian.."



Aku terdiam,anggukan sahaja kepala aku macam lagu Angguk-angguk,Geleng-geleng.Ada lagi orang berfikiran macam ini yea,kalau tengok cara dia layan customer,speaking dlama English nampak dia sebagai seorang yang educated.Ada lagi orang berfikiran macam ni.Apa kaitannya dengan menang AF dengan agama.Entahlah tapi bagi aku semua nie takde kaitan dengan agama.Cuba kita tengok bebudak tu dalam AF,aku rasa Mawi mesti tak percaya yang dia akan ada kawan dari Sabah berbangsa Dusun dan tidak seagama denganya.Hidup dengan hepinyer siap kongsi satu selimut lagi dengan Felix.Tapi peminat mereka di luar sibuk bicara pasal kemenangan dari segi agama.Satu pemikiran yang jumud bagi aku.Kesal sebab ia berlaku di Malaysia.


Kekadang aku terfikir orang di East Malaysia are more open minded dan toleransi.Mungkin dari kecil mereka dah bercampur dengan pelbagai etnik dan jenis bahasa .Sebab itu di sana soal toleransi sesama kaum tak ketara di sana berbanding di semenanjung (tolerance, open-mindedness, willingness to accept differences etc).Kenapa?I dunno ah.Masa aku kecik dulu aku ramai kawan dari bukan sebangsa dan seagama dengan aku.Seronok dan terasa harmoninya.Sekarang ni perasaan tue sudah kurang kerana pergaulan aku agak terbatas.All of my colleagues are Malay.my housemates also Malay.Cuma kawan-kawan masa sekolah rendah dan menengah aje.Tu pun boleh dikira banyak mana yang berjaya still keep in touch.Cuma time aku pegi roll-out tue aku dapat kawan-kawan baru dari berlainan bangsa.tu pun mostly takde yang sebaya,kebanyakkan semua agak berumur tapi apa yang positifnya dapat banyak ilmu dari pengalaman mereka.
Comments: Post a Comment