Thursday, October 13, 2005
Perangai orang kita
Dah tinggal pose.Masuk hari ni dah 3 hari.Cepatlah abis,tak sabar nak pose,nak pegi terawikh balik.Huhuhu.Tadi ada baca pasal kurangnye orang Melayu buat keje volunteer.Haa...benda nie dah lama aku setuju.Kenapa ek orang Melayu yang beragama Islam nie tak berminat ke arah itu.Bayangkan kebanyakkan orang yang buat keje volunteer kat rumah warga emas,penjara,rumah anak yatim dan so on lagi mostly ialah non-Muslim.Malu pun ada jugak.Nak cakap aku nie selalu buat,tidaklah jugak tapi aku memang berminat ke arah itu.Aku rasa macam hidup nie tak complete kalo kite tak contribute something into our society.Kalau semua siswazah yang menanggur buat keje volunteer ni sementara banyak faedahnya.Pengalaman hidup itu yang penting.Bangsa lain sanggup extend belaja sebab nak buat keje volunteer tapi bangsa kita extend belaja sebab masalah pelajaran.Tak payah cakap pasal voluteer cuci rumah,ngajar ke tapi soh derma darah pun susah.Kalaulah aku ni cukup berat badan perkara pertama yang akan aku buat ialah derma darah.Lagi satu orang Melayu kita nie sikit sangat yang register sebagai penderma organ.Dan ironinya yang banyak memerlukan penderma ialah Melayu.
Semalam aku terbaca dalam NST pasal seorang lelaki kena belasah kat tepi jalan tapi hampeh sorang pun takde yang nak tolong dia.Kesian betul tapi itulah hakikat perangai orang kita.Kawan aku penah eksiden kat hiway jerangau-jabor tapi takde satu pun keta yang dia tahan berenti nak tolong.Finally ada yang berenti tolong ialah orang Cina.Ironi bukan.Banyak cerita yang aku dengar kebanyakkan yang ringan tulang nak menolong ialah dari bangsa lain.Kenkadang aku malu dengan orang sebangsa dengan aku.Nama je Islam tapi nak menolong berat tulang.Lagi satu yang aku tak suka ialah bila ada berita eksiden dalam paper atau TV perkara pertama yang terpacul dari mulut kengkawan ialah Melayu ke?Kalau Melayu keluarlah ayat kesian,tapi kalau sebaliknya ayat yang keluar'nasib baik bukan Melayu.'Bagi aku Islam atau tidak nyawa itu sama harganya.Sama jugak bila hal terjadi di US (Katrina dan Rina),boleh dikatakan almost all of my fren said 'Padan muka US'.What kind of attitude like this.Belaja tinggi-tinggi tapi attitude cam h****h.Sebagai seorang Islam kita tak sepatutnya cakap macam itu.Bagi aku kalau kita gembira atas sesuatu bencana itu ditimpakan bererti nilai kemanusiaan dalam diri kita itu sudah hilang.
Bagi aku mudah sahaja,tolonglah sesiapa saja tanpa mengira dia itu Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan atau Islam,Kristian,Buddha sebab mungkin satu hari akan berlaku ke atas diri kita atau keluarga kita di mana darah yang mengalir dalam badan kita ialah hasil derma dari mereka.Organ yang dipindahkan ke dalam badan kita adalah milik mereka semua.Duit yang didermakan ialah dari mereka.Just think about it..
Comments:
Post a Comment