Tuesday, June 20, 2006
Ada apa dengan DUIT
Hari ini dalam sejarah.Tak pernah aku rasa diri aku sungguh tak berduit sampai ke saat ini.Bayangkan aku hanya ada RM17 sehingga gaji aku masuk(gaji didebitkan pada 27hb).Congak punya congak rasanya cukup duit aku sampai Selasa depan.Nak menangis pun ada,nak ketawa pun ada.Biasanya dalam tangan aku adalah dalam RM50 sebelum gaji aku masuk.Aku boros?Ya ampun,tidak sesekali.Aku adalah orang yang amat susah nak ber'shopping' sebab memang aku tak cukup duit pun.Kalau nak shopping tu pikir 2,3 kali.Secara bersihnya,setiap bulan duit untuk aku makan dan belanja akan tinggal dalam RM100 atau kurang.Sikit kan?Nak buat macam mana,banyak hal kena pikir.Bayar duit keta,PTPTN,sewa umah+bil api,air+astro,insuran,minyak keta lagi.Adoiii..memang sakit tiap-tiap bulan.Macam mana aku tak tension kalau memikirkan soal duit.Bosan!Mama dah bosan!
Bila kita dah bekerja mesti ada perkara yang kita idamkan yang ingin kita miliki.Sepanjang hampir dua tahun aku keje,rasanya belum ada satu barang pun yang aku idamkan dapat aku miliki.Bila aku terfikir memang aku sedih sangat.Jeles tengok kawan-kawan aku dapat beli laptop,beli keta baru,beli itu,beli ini.Sedih bangat sih.Paling aku sedih aku tak dapat pun nak tolong bayar bil-bil kat kampung.Bagi hadiah paling istimewa kat keluarga aku pun tak penah.Setakat belanja makan je.Nasib baik still lagi dapat bagi duit raya.Perkara yang paling aku teringin nak buat kalau aku berduit ialah aku nak bayar semua bil-bil di kampung,bagi duit belanja kat adik-adik aku tiap-tiap bulan,pendek kata segala perbelanjaan di kampung aku nak tanggung.Tatau la bila hasrat aku akan tercapai.Selalu berangan dapat bonus pastu dapat bagi hadiah kat family aku..seronoknya la.Tengok jela orang lain dapat bonus.Tak boleh lari dari rasa cemburu sebab aku pun manusia biasa walaupun kerap kali aku pujuk dan menyabarkan hati aku sendiri.
Apapun aku tetap dan masih lagi bersyukur dengan apa yang aku ada.Biasalah aku hanya manusia biasa yang kadang-kadang terasa tidak pernah berpuas hati dengan apa yang kita ada.Aku masih lagi bersyukur kerana setiap kali aku menonton 'Bersamamu',aku pasti akan menangis.Penah aku menangis sampai teresak-esak sebab memang terasa sedih sangat dengan kesusahan dan penderitaan mereka.Sekurang-kurangnya aku masih lagi berduit walaupun sedikit,aku masih lagi mampu membeli makanan walaupun makanan tu tak sedap(yang tu salah makcik Kafe),aku masih lagi mampu menonton Astro(demam AF) lepas aku balik keje,masih lagi mampu memandu keta walaupun keta aku kecik je(yang penting AUTO tu).Sekurang-kurangnya aku masih lagi mampu walaupun tidak sehebat mereka yang lain.Yang penting aku masih lagi tahu apa itu erti syukur dan bagaimana ingin mensyukuri nikmat Tuhan.Alhamdulilah.
P.S:Kalau kita semua mampu dan rajin meng'AFUNDI',apa salahnya ringankan tangan sekali-sekala dengan menaip Tabung2,Tabung5 atau Tabung10 dan hantar ke 33533.Peringatan untuk diri aku juga.Peace!
Comments:
Post a Comment