Friday, June 16, 2006
Dan begitulah...
Ada apa dengan kawan perempuan?Bagi aku kawan perempuan adalah tempat aku berkongsi masalah kerana bagi aku perempuan seharusnya lebih memahami hati seorang perempuan.Perempuan jiwanya lebih sensitif dan halus.Bukan begitu sepatutnya?
Dan bermulala kisah aku.Masa aku belajar di Uni dulu aku ada kawan perempuan yang agak rapat.Namanya 'S'.S memang baik,selalu ambil berat.Kalau aku tak datang kuliah mesti dia akan tanya khabar dan ambilkan 'note' untuk aku.Pendek kata dia memang seorang yang baik.Dan aku rasa aku pun baik terhadap dia.Selalu pegi lunch sama-sama.Tapi kami tak pernah hang out bila weekend.Yang itu memang masing-masing tak kisah sebab semua lebih suka memerap kat umah dia hujung minggu.
Masa berganti.Kita makin dewasa.'S' dah pun mula bercinta.Juga dengan kawan sekuliah kami.Lain batch tapi still kenal antara satu sama lain.Nama dia 'M'.M pun seorang lelaki yang baik.Memang padan dengan 'S'.Aku baik jugak dengan 'M',maklumlah sesama belajar kan.Selalu keluar lunch,group studi.Bukan aku berdua dengan 'M' ye tapi beramai-ramai.Pakwe kawan aku takkanlah aku nak berdua-duan dengan dia kan.Pendek kata semua berjalan lancar.Tiada masalah.
Aku dah mula bekerja.Bila aku dah mula bekerja,aku try jugak tolong carikan mana-mana keje kosong untuk kawan-kawan aku yang still tak dapat keje.Selalu jugakla contact dengan 'M'.Biasalah nak bertanya khabar.Kan orang kata aku dah keje Kl,dah lupa nak contact kawan-kawan lama.'S' pun still contact tapi lepas aku keje di KL tak pernah aku jumpa 'S' dah.Just sms je.'M' ni selalu online YM,so selalulah aku chatting dengan dia.Dah kawan kan.SMS pun selalu jgak.Lama-lama aku dapat tau 'S' dah tukar no tepon.So,aku trylah mintak dengan 'M'.Tapi setiap kali aku tanya soalan pasal 'S' dia mesti akan senyap,xreply sms atau YM aku.Ingatkan diaorang ada masalah.Maklumlah sebab bercinta kan.
Dan akhirnya aku dapat jawapan kenapa selama ni 'S' tak pernh reply sms aku.Kenapa 'M' diam setiap kali aku tanya pasal 'S' dan kenapa setiap kali YM aku yang kena buzz dulu 'M' dan kenapa friendster aku ditendang dari list 'M' dan kenapa 'S' tak pernah approve invite friend dari aku selama ini.Pernah jugak terfikir aku ni ada buat salah besar ke kat diaorang sampai camtu sekali kan.Tapi macam biasala aku akan think psitive.Tanak buruk sangka.Jawapan yang aku dapat akhirnya menghuraikan segala soklan kat atas tu.
Kerana cemburu.Astagfirullahalazzim.Sampai macam itu sekali rupanya.Mungkin 'S' fikir aku nak tackle 'M' kot.Dan 'M' pun fikir aku nak mengurat dia.What the....Kalau aku nak tackle bukan masa aku keje,baik aku tackle masa kat Uni lagi.Dari dulu lagi.Sungguh tak sangka.Kalau lepas ni kalau derang kawin tak invite aku pun takpe sebab aku dah tau reasonnya.Tapi dalam hati aku ada jugak rasa terkilan.Setelah sekian lama kita kenal dan begini akhirnya ye..
Pernahkah kau terfikir setika berada di tempatku....sentap!
Comments:
Post a Comment