Friday, June 23, 2006

Samarinda: 'Teman Tapi Mesra' (Episod 1)



Datang ke opis dalam keadaan tak bersemangat.Lately aku memang camni.Tatau nape.Sampai je opis terus menapau bihun goreng.Ya Allah,banyak gile makhluk warna putih yang panjang-panjang tu(aku tak suke taugeh!!!!!Benci!!!).Tengok makanan lain pun sama.Tade sayur lain ke nak letak dalam tu.Terpaksa aku tapau jugak sebab dah lapau.Dalam purse ada RM2 je.Huhuh,miskin sungguh aku.Executive yg amat miskin.So terpaksalah aku tapau satu jenis je makanan.Biasanya time keadaan duit normal aku akan tapau nasi goreng dan lauk-pauk pastu aku akan tapau kuih-muih(biasanya tapau roti jala 5 keping atau karipap untuk aku makan tea break kol 10am).Tapi arini terpaksalah aku tapau satu je.Sedey aku.Lapau....


Dan bermula lah keje aku menangkat tepon yang bertalu-talu masuk.Semuanya buat support.Tensen aku,asal derang sume nih cari aku.Dalam hati dah gabra database tak prepare lagi.Hotel tak booking lagi.Pukul 11 lebey,aku pun start le menelepon hotel-hotel yang ada kat Kuching.Hotel pertama,penuh.Kedua,ketiga,keempat,kelima semua penuh.Aku dah cuaks.Mati aku kalo tade hotel.Tiket aku dah swipe.Try lagi.Hotel keenam,ketujuh,kelapan semua penuh.Peta Sarawak dalam otak aku dah makin kabur.Aduihh.Last try,hotel kesembilan.Kalau yang ni pun penuh,memang konpem kena postpone la.Alhamdulilah ada kosong,tu pun dah ujung-ujung jenis bilik yang wujud kat hotel tu.Nasib baik company bayar,kalo tak,tak mampu aku nak bayar harga bilik tu..Bersinar kembali harapan aku nak ke Sarawak.


Samarinda:Teman Tapi Mesra (Episod 1)


Atas permintaan kawan baek aku,maka aku akan membongkarkan kisah kantoi yang berlaku antara 'A' dan bos aku yang terkantoi dengan aku sendiri.Bukan orang lain..August 2005.'A',aku dan beberapa lagi kawan aku serentak lapor diri di department yang sama.Di bawah bos yang sama.Hubungan 'A'dan b*s aku bermula dari aktiviti bermain badminton."Teman aje,suka-suka je main.Bukan ada apa pun..".Kitaorang dah nasihat 'A' supaya berhati-hati,maklumlah anak dara dengan laki orang.Kalau masing-masing single tak kisah,lantak koranglah kan.Time kitaorang tengah training,'A' ada bagitau aku dia suka tengok cara b*s aku buat presentation.Ok,normal la tu kan suka tengok orang bercakap(kata hati aku).Pastu melarat dengan bermain badminton.Ooo..ok,maybe sesaje je tu(kata hati aku).Bila aku dan 'A' sama-sama kena pegi outstation kat utara,b*s kitaorg sanggup pegi sana kunun-kunun nak pegi visit abg dia kat utara jugak.Masuk hospital katanyaTerkezut aku tengok dia muncul dengan tiba-tiba kat tempat keje aku.Ingatkan dia buat spotcheck.Pastu baru aku tingat sumthing.Lantas jari jemariku begitu pantas menghantar SMS kepada kengkawan aku di opis.Ofismate aku bagitau b*s aku memang awal-awal lagi dah apply cuti.Aikk..dah tau ke abang akan sakit pada hari ni.Jangan tatau,kebetulan(yeke..) dia dtg kat tempat kitaorg,masa tu ialah besday 'A'.Senang citer,rupe-rupenya nak celebrate besday 'A'.Buka puasa kat hotel.Aku, terpaksalah derang ajak kan.So,merasalah aku bukak puasa yang sedap-sedap.Dan malam esoknye,'A' keluar lagi dengan b*s aku.Aku tak dapat itut sebab dah janji dengan member aku nak bukak puasa sesama.Aku dah ajak dia join tapi dia tanak.Nak berdua-duaan la tu.Masa aku tengah buka pose,aku dapat sms dari 'A' cakap jangan citer kat sesapa hal ni,tatut orang salah anggap.Erk..kalo dah tade pape,tak perlu dia nak sms aku bagitau suruh aku tutup mulut.Esok paginya masa aku dan 'A' keluar dari bilik hotel(check out),dengan serentaknya pintu bilik sebelah pun terbuka.B*s aku tido kat hotel yg sama rupanye.Nak cover cite,b*s aku bgtau aku yang abang dia dah makin ok,so dia xpayahlah pegi utara lagi.Hurm...yela tuwww..Ini kisah permulaan cinta mereka dan bagaimana derang begitu bijak(kununye)meng'cover setori.Akan bersambung....


Isnin hingga Khamis aku mungkin takkan meng'hapdate'kan blog sebab kena pegi Kuching.InsyaAllah akan aku sambung kisah kantoi dan cerita-ceriti dari bumi kenyalang.Jumpa lagi.(macam ramai aje orang baca blog aku,perasannye la oiii)
Comments: Post a Comment