Monday, June 19, 2006
Tadi masa aku tengah jadi trainer(dok belakang je,jadi pemerhati PBB)tetiba hal ni terlintas kat kepala fikiran aku.Tetiba terfikir hal perkauman.Kita hidup dalam satu negara yang ada macam-macam bangsa tapi ramai ke kawan kita yang bukan sebangsa dan seagama kita.Bila tiba hari kemerdekaan,maka banyaklah cerita perpaduan,betapa harmoninya negara ini walaupun berlainan bangsa tapi boleh hidup sebumbung tanpa ada masalah.Keluarlah iklan-iklan dari bermacam-macam agensi menunjukkan betapa harmoninya kita.Tapi adakah realitinya begitu..
Cuba tanya student-student Universiti,ramai tak kawan derang dari bangsa lain?Cuba tanya Cina,India,Melayu..berapa ramai kawan mereka yang bukan sebangsa.Cuba tanya apa perasan Melayu bila bekerja di syarikat yang majoritinya bukan Melayu?Cuba tanya kaum lain yang bekerja di syarikat yang majoritinya Melayu?Apa yang mereka rasa?Harmonikah kita atau masih lagi bersifat perkauman?Orang kata Melayu/Bumiputera paling mudah menerima bangsa lain?Betul ke?Contohnya begini,orang bukan melayu boleh berniaga dalam kawasan oarng Melayu walaupun hanya dia seorang sahaja yang bukan Melayu,dia akan diterima dengan hati yang terbuka.Kalau orang Melayu menjadi peniaga tunggal Melayu di kawasan orang bukan Melayu adakah Melayu akan diterima seperti mana Melayu menerima mereka.Betul ke?Apa kata korang?
Ok,cuba kita lihat peristiwa lain.Ramai penderma darah di Malaysia majoriti bukan BP.Majoriti yang menerima darah ialah BP.Sama hal juga dengan menderma organ.Terlalu sedikit BP mendaftar dan menderma organ tapi sebaliknya yang menerima dan senarai menunggu adalah BP sendiri.Majoriti yang terlibat dengan sukarelawan ialah dari bukan BP.Siapa yang selalu memberi tempat duduk dalam komuter/LRT/bas bila ada warga lain yg memerlukan?Biasanya bukan BP.
Setelah penat aku fikir kat belakang tadi(sebenarnya terlalu banyak yang aku fikir..tapi tak dapat nak diungkapkan dengan tulisan di sini)perpaduan/keharmonian itu sepatutnya datang dari dalam diri kita.Dan aku sebagai orang Melayu bertunjangkan Islam akan sentiasa berusaha membuktikan pada mereka bahawa kita juga hebat.Mungkin tidak hebat dalam kebendaan tapi hebat dengan nilai dalam diri.Jangan bersikap prejudis pada orang lain.Yang paling penting hati kena ikhlas.InsyaAllah kalau kita ikhlas,Allah akan membantu kita,memudahkan kita.Selalu ingat,buat baik akan dibalas baik.Yang penting hati mau cantik dan ikhlas!
P.S:Entry yang bosan tapi amat bermakna bagi aku.Semacam ada semangat baru sejak hilang hampir sebulan yang lalu.Wish me luck.Moga aku akan jadi orang yang lebih baik di masa hadapan.
Comments:
Post a Comment