Thursday, June 22, 2006

Teman tapi mesra--->aku rasa dah lebih dari itu



Pagi-pagi datang opis,cam biasa mamam dulu nasi goreng dengan sambal sotong.Berita baik aku terima,setelah sekian lama aku terseksa terpaksa makan makanan yang hangit dan hangus lagi tidak ada rasa masin atau manis,akhirnya tender kafe akan ditamatkan mulai esok.Yahoooooooo!!!!!!!Bye-bye makcik kafe,tapi kan memang tak sedaplah makcik-makcik dan pakcik-pakcik kafe masak.Kadang-kadang sampai tekak tak boleh nak terima dah.


Masa berlalu tiba-tiba bos aku panggil aku ke mejanya.Jangan tatau kitaorang duduk sebilik dengan bos.Satu bilik yang agak besar menempatkan 6 orang staff termasuklah boss aku ni.Nak dijadikan cerita aku kena dihantar bertugas (4 hari je)kat Kuching,Sarawak.Satu tempat yang memang aku idam nak pegi(Kuching..here i comeeeee!!!!) tapi yang tak sedapnye kenapalah last minute baru nak bagitau aku.Lepas boss aku inform,aku cam blank jap.Tatau nak buat apa dulu,book tiket ke,hotel ke,buat itinerary ke apa ke.Dahlah hari isnin ni dah kena terbang naik belon awal-awal pagi.Mana nak prepare database lagi.Feninla woiiiii..lain kali tolonglah inform awal-awal.


Nak dijadikan cerita,ada member aku kena pegi Sibu.Baru diinform tadi,sama macam kes aku cuma bezanya die bertolak hari Selasa.D***A ni sibuklah cari sesape untuk dibawa teman.Yela pegi jauh-jauh baik bawak teman.Tengah dia sibuk-sibuk call kawan-kawan ajak teman terdengarlah satu suara yang amat sumbang berkata "D,pegi jela sorang,apa susah..".Leh tak aku yang hangin dengar dia cakap camtu.'A',nama sebenar ialah seorang yang selalu berlagak cool bile dapat assignment kena pegi sensorang.Kunun die berjaya mengharungi kehidupan di tempat lain keseorang,travel bawak keta jauh-jauh sensorang.Eleh..macam le aku tatau sape yang temankan die selama ni kalau outstation.Senang cite,'A' ni ada a*f**r dengan bos aku.Selalunya (bukan selalu tapi memang dan wajib)dia ditugaskan pegi mana-mana sensorang dan kebetulan bila dia outstation bos aku akan bercuti(suratan atau kebetulan?!).Nak dijadikan cerita,punyalah dia cam berlagak sebab berjaya pegi Sabah sensorang.Kitaorang kat opis ni pun percayalah sebab kebetulan masa dia pegi sana,bos aku tak cuti.Akhirnya tembelang telaga pecah bila ada sorang lagi kawan aku pegi Sabah.Bila 'R' (nama sebenar) pegi Sabah,dia singgah di tempat,'A' pegi dulu maka terbingkarlah rahsia bahawa bos aku berada di temoat kejadian masa first day 'A' sampai kat Sabah.Kantoi besar.Tak payahlah nak sound-sound orang kalau kita sendiri pun pegi berteman,pegi secara sorok-sorok pulak tu.


Disebabkan 'A' adalah 'teman tapi mesra' bos aku maka banyaklah tempat-tempat outstation dan amat banyak sekalilah dia pegi outstation.Claim juta-juta.Melampau-lampau kadang-kadang.Orang lain bukan main lagi susah nak dapat peluang outstation bila buat support.Mesti adalah bos aku suruh guna cara-cara alternative dengan alasan 'kita kena cut cost'.Bosan.Senang-senang je minah tu boleh pegi outstation.Sungguh tak adil langsung.


Itu sahaja kisah 'teman tapi mesra' kat opis aku.Tak menarik pun sebenarnya.Ada sorang kawan aku beria-ria suruh aku letak counter.So,sekarang boleh la tengok betapa tak ramainya orang melawat blog aku..:).Aiman tak kisah,yang penting aku rasa puas bila jari jemari aku menaip meluahkan perasaan aku tiap-tiap hari.
Comments: Post a Comment