Monday, July 03, 2006
Dari Shah Alam Ke Kucing
Maka kembalilah aku dari Bumi Kenyalang dan hidup macam biasa kat bumi Shah Alam pulak.Maka di sini aku akan ceritakan apa perkara yang menarik dan tidak menarik langsung yang berlaku pada aku kat sana dedulu.Nak tulis pepanjang tak pandai,tak macam ada sorang kawan aku tuw.Dah berjaya dia design blog dia sampai beratus-ratus orang bertandang.Blog aku nih tade orang(tak seramai orang di blog lain) yang bertandang,so aku citer secara ringkas jela yea.Balik-balik aku jugak yang baca cerita ceriti ni.
-Pagi Senin 26 June 2006 pukul 630am masa on the way ke airpot,aku boleh singgah opis amik CD sebab gara-gara perasaan curiga dalam hati.Nasib baik tak tersangkut kat batu tiga,kalo tak konpem aku nampak ekor kapal terbang dan paling haru biru burn duit tiket aku.
-Best giler tido dalam flight(sebab bangun kol 5pagi..ahaks).Tapi lepas kena 'airpocket'terus tak boley tido.Hampeh tol.Pastu tengok ada satu family depan seat aku dengan bestnye shopping makanan dalam flight.Banyak betul duit derang.Bukan takat makanan,souvenir pun belasah.Kalo aku konpem tanak beli topi AirAsia yang tak menarik langsung.(cakap orang tak berduit macam aku..ahaks)
-Masa aku nampak bandar Kuching dari dalam flight,hati aku dah excited.Macam tak percaya aje aku dah sampai situ.Best giler perasaan tuw.Tu baru Kuching,kalo dapat pegi oversea tatau la camne rupenya aku excited.Sampai aje airpot,terpaksa tunggu dalam 10 minit sebelum dijemput.Rasa macam orang penting pulak ada orang yang tak dikenali jemput.Pastu terus pegi makan.Haa..lain rasanya lauk-pauk orang Sarawak dari kita di semenanjung.Nampak macam sama tapi bila rasa ada yang sedap dan ada yang tak sedap.
Pas makan hantar adik aku sambil check in hotel.Tak berapa menarik hotel aku maklumlah hotel yang ke-10 dari list aku.Hotel Grand Continental.Tapi oklah,tadelah teruk giler macam Rumah Tumpangan Ah Kong.Lepas tu terus derang anta aku buat keje.Dan bermulalah episod masalah aku kat sana...CD yang baru diberi kepada aku hari Jumaat rupanye tatau lagi procedure camne sebenarnya.Hangin aku.Kirannya aku ni macam tikus makmal.Tikus putih.Bila dah dapat procedure aku pun memulakan keje..then aku realize OS pc yang aku nak istall tak cukup specification.Aku dah marah sapalah yang follow up derang nie sampai OS pun boleh tak ikut spec.Pastu aku pun berlagaklah pandai (try and error) cuba jugak install walaupun tak cukup.Biasalah,resultnya tak berjaya.Call supplier PC derang.Datanglah sorang mamat yang terus menerus speaking london dengan aku.Aku pun fightlah dengan dia sebab dia punya OS software aku tak boleh install.Dia boleh tak percaya,aku pun apa lagi tunjukla error gedabak yang kuar tuw.Dia hengat dia speaking london belajar kat oversea boleh meperlekehkan aku walaupun aku speaking berterabur masa fight dengan dia.Pedulik hapa,ikutkan hati aku mau aje aku cakap Melayu(kita kat Malaysia brader,bukan kat Manchester).Akhirnya aku menang.Puas hati aku.Tapi masalah lain tetap muncul pada hari lain aku berada kat sana.Memang aku hangin dengan budak opis aku.Last day baru settle semua problem.
-Bos kat tempat aku keje tuw memang baik.Siap tolong arrangekan hotel baru yang best lagi 5 bintang kat aku.Aku just stay semalam je kat Hotel Grand Continental.Esoknya dan sampai balik aku terus duduk hotel yang memang best.Betul-betul depan Waterfront Kuching.Dapat harga murah sebab bos tu kenal GM hotel tu.Dapat spesel price including bekpes.Jangan tatau standard room RM267++ without bekpes.Aku dapat RM230 sahaja including bekpes.Sepanjang aku outstation dan banyak tido di hotel-hotel,inilah satu-satunya hotel yang ada menyediakan sejadah.Hotel Seri Malaysia pun tade sedia tau.
-Sepanjang kat sana aku dah merasa makan Laksa Sarawak (best,aku suka sangat),Mee Kolok(oklah,bolehlah layan di kala kelaparan),Sup Unta(best,sedap wooo).Yang ni bagi aku tade kat semenanjung lah.Pendek kata aku boleh hidup dengan makanan kat sana.Tapi overall memang makanan kat sana menarik dan sedap(bagi aku la yea).Tapi kat sana kena betul-betul cari kedai yang Halal la sebab majoriti kaum kat sana ialah Iban.Yang uniknya masakan kat sana ialah gabungan dari masakan Melayu dan Cina(aku rasalah..kan marah orang Kuching.ahaks)
-Aku tak sempat shopping apa-apa kat sana.Nasib baik adik aku ada,dialah yang pegi turun bershopping time aku pegi keje.Balik keje je kedai dah tutup.Tapi aku berpeluang melawat Taman Sahabat.Cantik bangat tempat tuw.Ada monumen Laksamana Cheng Hoe.Besar giler.Taman tu dibina sempena menghargai pershabatan hubungan Malaysia-China.Berada kat sana macam berada kat negara China sket-sket especially waktu malam.Gambar gambar yang aku amik semuanya tade matahari sebab berjalan waktu malam.Ahaks..
-Masa aku check in balik ke KL aku boleh terlupa nak masukkan 'sumpit' dalam kargo,akibatnya bila dah masuk balai berlepas kena patah balik pegi ke tempat check in masukkan barang dalam kargo.Nasib baik flight delay(tagline airasia:Flight Delay)so 'sumpit' member aku tuw sempatlah masuk kargo,kalau tidak tak dapatlah bawak 'sumpit' tu.
Rasanya itu je kot yang penting-penting yang aku rasa menarik.Kesimpulannya best pegi Kuching walaupaun aku hanya pegi keje balik keje je.Ahaks.Ada peluang aku nak pegi lagi.Banyak giler tempat-tempat menarik yang belum sempat aku jejak.Cuma rasa tak puas hati dengan keje aku kat sana.Atas kesalahan oarng lain kita yang terpaksa tanggung jauh-jauh gitu.yang lain sumer best.Kesimpulannya memang MALATOP!Best sangat!
Comments:
Post a Comment