Thursday, July 06, 2006
Filem Malaysia @ Filem Melayu?
Hari ini sempat aku meng'surf'kan diri mencari sebuah filem.Tiba-tiba aku terjumpa satu website yang penah aku menjejakkan kaki dulu.Bila masuk website tu baru aku tau banyaknya filem-filem yang diterbit dan diarahkan oleh pengarah Malaysia yang aku tak penah dengar pun tajuknya.Pelik.Padahal bila aku baca sesetengah review filem-filem ni nampak hebat.Tapi apesal media tak menonjolkan filem-filem ni?Kenapa fiem usop selam dengan prof razak(semacam tak layak je ada gelaran Prof,tapi bila tengok hasil keje,aku yang tak belaja filem pun agaknya boleh buat cenggitu.)yang bukan main lagi publisiti diberi.Konpius den...Tak tercapai dek akalku.
Ni antara senarai-senarai filem yang menanti tayangan untuk tahun 2006 yang aku rasa macam best je bila baca review.Leh ajak bila sang penyu bersuaranonton nanti.Abisla,jeles kawan dia nanti.Mati aku.Ahaks!
The Red Kebaya

Sinopsis
Latiff, a famous but lonely photographer who was orphaned as a small child, sets out on an expedition to photograph abandoned houses around Malaysia. On his journey he is haunted by images and sounds that remind him of his traumatic childhood. At one particular house on the island of Penang he is transported back through time to witness the shocking events that took place in the house over 50 years ago. Through his experience, Latiff understands the tragic circumstances that led to him being orphaned and also finds an old friend.
Para pelakon terdiri daripada Ramli Hassan,Vanidah Imran,Samantha Schubert,Bob Mercer,Zahim Al-Bakri,Paula Malai Ali,Elaine Daly dan ramai lagi.Banyak lagi aku nak taip.Pengarah filem ni ialah Oliver Knott.Best tak bunyinye?Director muzik dibuat di London.Semacam gempak dan best aje filemnya.Tapi bila tayangannya?Tidak dinyatakan.Ekceli aku penah ternampak poster filem ni kat blog sape ntah.Bukan cilok ye!
Bilut
Sinopsis cite ni terlalu panjang,tapi secara keseluruhan ialah cerita di sebalik pembukaan Felda Bilut.Kisah dua era - permulaan dan perkembangan, keringat dan hasil, ideologi dan keberkesanan - dandan merumuskan bahawa Felda adalah perintis segala-galanya yang lahir daripada perancangan dan wawasan yang wajar dijadikan teladan. Liku-liku dan susah payah yang dilalui oleh golongan awal Felda dan filem ini dibuat sempena menyambut ulangtahun penubuhan Felda yang ke-50 pada tahun 2006.
Antara pelakonnya ialah Rosyam Nor,Que Haidar,Eja.Ezlynn,Cellina 3R,Aqasha,Adlin Aman Ramlie dan lain-lain lagi.Salah satu tempat pengambaraan adalah di Brussels dan pengarahnya ialah Bade Hj Azmi.Dengar cite juga Mawi akan nyanyikan lagu tema cite nie.Sesuaila,dia kan oarng paling gelemer kat Felda Taib Andak tu.
The Third Generation

Sinopsis
Kisah penghijrahan warga Cina ke Malaya dan bagaimana kekayaan serta kemewahan dikatakan tidak dapat dikekalkan melepasi generasi ketiga setiap keluarga.
Pelakon cite ni ialah Nicholas Teo,Amber Chia,Carmen Soo,Cehng Kam Cheong dan ramai lagi.Filem ni dah lepas pun waktu tayangannya dan kenapa aku tatau ek.Kalo tau leh jugak layan.Diarahkan oleh CL Hor.
Susuk

Sinopsis
Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain... Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.
Ida Nerina,Diana Rafar,Adlin Aman Ramlie,Noorkhiriah,Hairie Othman,Sofea Jane dan ramai lagi para pelakonnya.Tgk Ida Nerina berlakon mesti cuak kan.Huhuh.Pulangkan.Ahaks.Pengarah filem ni ialah Amir Muhammad dan Naeim Ghalili.
Gong

Sinopsis
Filem ini mengisahkan lima pelajar jurusan seni persembahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Rozan, Mira, Ika, Didi dan Tris dipilih mengadakan lawatan sambil belajar selama tujuh hari ke Jogjakarta, Indonesia. Mira agak pendiam dan berdarah kacukan Indonesia, Tris pula rugged dan agresif manakala Ika gadis lembut dan tidak suka aktiviti lasak. Rozan pula sentiasa menganggap dirinya ketua dan menaruh hati pada Mira. Dia juga tidak percaya dengan hantu. Didi pula lelaki berkaca mata dan penakut. Mereka dibawa melawat Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak zaman kerajaan Majapahit, Matara, Hindu hinggalah zaman Mataram Muslim. Antara puluhan artifek dipamerkan, Tris tertarik dengan gong purba yang kecil dan cantik. Kurator Muzium menerangkan gong purba itu digunakan untuk majlis kraton tetapi sejak hujung kurun ke-17, ia tidak lagi digunakan selepas tragedi membabitkan keluarga pembesar kraton. Sumpahan gong itu terjadi jika ia dipukul lima kali. Pelbagai kejadian berlaku apabila Tris membawa pulang gong itu.
Pelakon ialah Jehan Miskin,Fasha Sandha,Sharifah Sofia,Elyana,Faizal Yusuf.Nampak macam best tapi jangan jadi macam cite antu Prof Razak sudahla.Diarahkan oleh Sansodh Kesavan.Pengambaraan filem sepenuhnya di Indonesia.Menarik ni.Dengar cerita Idayu AF3 akan nyanyikan soundtrack cite nie.Mau tegak bulu roma aku dengar dia 'whistling' lagu seram ni.Huhuh.
Nephesh Seed

Sinopsis
Cerita tentang keinginan seorang ibu tunggal untuk memiliki cahaya mata. Desakan tinggi itu menyebabkan dia ke Singapura untuk menjalani proses permanian berhadas. Lima tahun kemudian, ketika berpindah ke rumah baru, wanita itu mendapati perubahan pada diri anaknya. Kebimbangannya semakin ketara apabila anak itu bercakap seorang diri.
Pelakon Wong Sze Zen,Alvin Wong, Amber Chia dan lain-lain lagi.Pengarah filem ni ialah Michael Chuah.Oh ye,Nephesh bermaksud roh dalam bahasa Hebrew.Hurm..Macam best jugak kan!
Itulah sedikit sebanyak filem-filem yang aku tak penah dengar secara meluas di media yang menarik dan ada hati aku nak tonton.Aku akan tonton filem melayu / filem malaysia yang ada isi dan cara pendekatan yang menarik.Kalau takat cite Usop Selam,Prof Razak atau filem yang ada watak Senario tu buang masa aku aje nak tengok.Tapi itulah yang dapat untung juta-juta kan.Buang duit aje nak tengok.Lain oarng lain citarasa kan!
Comments:
Post a Comment
