Tuesday, July 11, 2006
Kisah Belon
Jumaat lepas aku balik kampung.Nak dijadikan cite,aku tak pegi keje aritu sebab biasalah (bab-bab pompuan je).Bagi alasan MC tapi tak pegi klinik pun.Abisla aku ujung bulan kena bersoal jawab.Ahaks.Biarlah,lagipun aku hanyalah seorang pekerja k*****k je kat sini.Tak dapat pape pun selain dari gaji di hujung bulan semata-mata.Ulang suara,gaji semata-mata.
Dalam kol 6 aku pun bertolaklah dari umah menuju ke LCCT.Housemate aku tolong hantar.Sebelum tu dia singgah kejap pegi umah anak sedara dia kat amek barang.Kiranya kol 630 baru gerak betul-betul menuju airport.Jangan tatau,jem segila-gilanya kat area Shah Alam ni.Housemate aku ni dah abis pening memikirkan jalan yang paling pantas tapi semuanya sama je.Jem..jem..jem..jem.Pukul 7 baru ada kat federal hiway menghala ke KLIA (sebelum exit ke Batu Tiga tu).Kat situ pun jem.Dalam hati usah cakapla betapa berdebarnye hati kalo terlepas flight.Burn tiket aku kalo terlepas.Flight kol 820 dan sepatutnya 720 dah check in.Jalan punya jalan kol 720 baru nak masuk hiway ke KLIA.Kawan aku pecut giler sang kancil dia.Dalam hati aku dah antara dua,antara sempat ke tidak nak naik flight.Pecut punya pecut (nasib baik tade polis ke speed trap ke apa ke)sampailah kat airport kol 745.sampai kat kaunter check-in dah tulis TUTUP.Uwaa..nak nangis rasa.Pastu tetiba ada sorang staff keluar tanya nak check in Kota Bharu ke.Bila dah bagi beg sume,dia bagitau kena masuk sekarang jugak.Bile masuk kat balai berlepas tu,aku tengok sume orang dah beratur check boarding pass.Fuhhhhhhhhhh.......Nasib baik sempat.Tatau nak cakap apa dah masa tu.Pendek kata dapatlah jugak aku balik kampung.Masa dalam flight aku duduk sebelah chinese gal.Kembar karen tapi lain lah dari segi rupa dan segala-galanya.Ahaks.dah dekat nak sampai airport Kb barulah kitaorang borak-borak.Bla..bla..keje kelantan..bla..bla..bestlah kijo kelate..bla..bla..pegi cuti ko KL..bla..bla..bla...pegi KL sebab nak konvo..bla..bla..dulu study kat UTAR..bla..bla..umah kat tanjung chat..bla..bla..hujan kat luar..bla..bla..lambatnya nak landing..bla..bla..Itulah antara ayat-ayat perbualan yang sempat aku rakamkan.Bila dah balik kampung tu maka penuhlah aktiviti aku dan yang penting ada perkara terjadi.Perkara gembira dan manis.Perlu ke aku cite..Nantilah bila tiba saat dan ketika.Bagi saspen sket.Yang lain macam biasa je.Standad balik kampung.
Itu cite balik kampung.Cite balik ke Shah Alam lain pulak.Sepanjang 3 hari cuti,jumpa member kat airpot jugak.Cam dah tade tempat lain ye.Bizi gilerla balik kampung kali ni.Flight yang sepatutnya bertolak kol 940,bertolak pukul 1100.Gilo ke apo AirAsia ni.Semapt aku layan drama melayu yang tak penah aku tengok sebelum ni.Ahaks.Melampau-lampau betul delay.Yang best satu jela..masa terbang tu memang dia switch off terus lampu kat kabin..ala macam bile kita nak take off dengan landing tu.Apalagi sedaplah tido dalam kapal terbang.Kali ni aku dok sensorang-sensorang je.Bosan pun ada jugak.Sampai kat airport plus tunggu beg dari kapal yang lembab giler tu dalam kol 1215 baru keluar dari airport.Sampai umah kol 115.Gitula cite hal kapal terbang dan kisah nie akan berulang lagilah tiap kali aku naik AirAsia.Kalau aku banyak duit dah lama naik MAS.Tapi sementara nak tunggu banyak duit yang tatau bila tu naiklah AirAsia ye..Tak payahle nak berangan-berangan mat jenin.Ahaks!
Comments:
Post a Comment