Thursday, July 13, 2006

Polis dan Duyung



Senandung Anak Laut


Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan


Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya


Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya


Dalam pondok kecil meratap rintihan
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan


Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan


Apa motif aku letak lagu ni yea.Apa motif entry aku.Tunggu!!!First aku suka lagu ni,aku tak penah tau apa tajuk lagu ni padahal selalu dengar dedulu.Lagu ni memang sedap.Syahdu je.Bila Faizal dapat lagu ni baru aku tau tajuknya.Cakap pasal AF ni,harapla si Lotter keluarlah cepat-cepat.Ulang suara Lotter,Amirul dan Haziq sila keluar dari AF.


Lagi satu lagu ni berkait dengan setori aku ni.Gini citenya.Pada suatu hari yang aku tak ingat bila,aku tengah drive keta balik kampung.Konvoi ikut member aku.Keta member aku dah ke depan.So,dia pun calling la aku tanya aku dah sampai mana.Masa aku tengah bawak keta aku heran asal jalan hiway (dari bentong ke raub) kat depan aku tetiba tukar jadi jalan dua lane je.Maybe aku salah exit kot sebab syiok sangat bercakap dalam tepon.Banyak keta plaks tuw..tensen tol salah masuk jalan.


Tiba-tiba terdengar bunyi siren polis.Abisla aku,drive keta sambil bercakap dalam henpon.Apalagi,tak sempat nak kaver line terus kena tahan polis.Polis pompuan naik motosikal besar plaks tu.Ganahhh tuww...(yeke..bukan semua polis trafik kena pandai bawak motosikal besar ke kan).Alaa..abisla aku konpem kena saman.Dalam kepala otak aku ligat memikirkan alasan.Dah buat salah pun sibuk nak bagi alasan.Polis tu tanya aku asal bawak keta sambil cakap henpon.Aku pun bagila alasan ada emergency..bla..bla..bla..bla.Dah buat salah tu banyak pulak bagi alasan.Pastu tetiba polis tu bagi aku soklan.Salah ke kalau orang culik budak sebab nak duit.Aikk..apahal polis ni tanya soklan stupidas gitu.Dia polis patut pandaila jawab.Aku pun jawabla,salah la.Pastu dia bagitau samlah dengan awak yang bawak keta pakai henpon.Apehal polis ni..aku dah start bengang dah.Aku cakap saman jela saya,banyak cite pulaks.


Pastu datanglah satu jip polis.Turunlah polis lelaki ni(aku rasa bos kepada polis pompuan tadi).Masa aku pusing belakang tu tgk sape yang berenti baru aku notice ramai giler orang kena tahan atas kesalahan yang sama.Guna henpon sambil bawak keta.Pastu ada dua tiga orang mamat ni dok marah-marah polis.Tetiba je aku leh join mamat ni marah-marah polis tadi.Berani betul aku.Aku pun join naik hangin macam mamat-mamat tadi.Kalo mak aku konpem tak berani buat.Aku siap bagitau yang pakcik aku orang besar kat bukit aman(tipu je tu).Mamat tadi cam dah start nak belasah polis tadi.Panik aku.Tetiba plak henpon aku leh berbunyi time-time panik ni.Rupa-rupanya..............................................................................bunyi alarm henpon aku.BARU PUKUL 615PAGI.Alahai...mimpi rupanya.Patutla aku dengan sangat berani join mamat-mamat tuh carik pasal dengan polis.nasib baik mimpi aku tak sampai aku masuk lokap ke apa ke.Dasat tol.Persamaan lagu diatas dengan entry aku ialah mimpi.Lagu tu mimpi duyung,untung,laut tapi aku mimpi nak kena saman,gaduh dengan polis lagi.Moral of the setori:Bila bawak keta tak payah nak bergayut dengan tepon ye.Gunalah loudspeaker ke,handsfree ke apa ke kan.Lagi bagus.Itula kisah mimpi aku malam tadi.


Hari ni boleh dikatakan seharian aku jadi trainer.Oklah dapat student yang fast learner.Agaknya macam nie la apa yang cikgu-cikgu rasa bila ngajar orang yang pickup cepat dengan slow.Aku tengah terbayang camne perasaan cikgu-cikgu aku masa ngajar aku yang tak berapa nak pandai ni.Jenuh derang yea...Dah dua hari emel aku tak dapat terima emel dari bila sang penyu bersuara.Sila undi dia untuk Blog Idol 2006 ye.jangan tatau dia nie dah gelemer.Satu Malaya tengok dia dalam tibi aritu.Gelemer abis tuww.Ada jugak member aku yang gelemer masuk tibi ye.Pasni leh la promote aku pulaks.Sebut nama blog pun cukupla walaupun blog ni tade orang nak masuk.Ahaks
Comments: Post a Comment