Friday, July 14, 2006



Photobucket - Video and Image Hosting



Sahabatku


Biarkan saja kekasihmu pergi
Teruskan saja mimpi yang kau tunda
Kita temukan tempat yang layak
Sahabatku


Kupercaya kan langkah bersamamu
Tak kuragukan berbagi dengan mu
Kita temukan
Tempat yang layak sahabatku


Kita mencari
Jati diri
Teman lautan mimpi


Aku bernyanyi untuk sahabat
Aku berbagi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama
Kita berbagi untuk sahabat
Kita bernyanyi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama


Tiba waktunya
Kita untuk berbagi
Untuk saling memberi


Lagu dari sorang penyanyi indon.Ala..terlupa la plak apa namanya.Dua tiga hari ni rajin benar aku posting lirk-lirik lagu.Tiba-tiba nak jadi sentimental sekejap.Apa kes?!.Aadalah kes yang aku belum explain lagi.Hari ni aku dah kecewakan hati seseorang.Sampai saat ni aku rasa simpati.Aku tau apa yang dia rasa kerana aku sendiri pernah rasa.Esok,lusa dan seterusnya aku bakal mengecewakan hati orang lain lagi.Tapi inilah kehidupan,yang pahit harus kita telan walau sepahit mana rasanya.Hidup mesti diteruskan walau berapa kali kita dikecewakan.Pencarian harus diteruskan selagi kita belum temui apa yang kita cari.


Dah..stop!Sambung cite macam biasa.Masa aku tengah dengar lagu Ku Mohon dinyanyikan oleh Sheila Majid (ala,lagu program ku mohon kat estlo tu)tetiba aku terfikir sapa yang penah menang lagu terbaik anugerah industri muzik(AIM).Yela,lagu ku mohon kan penah menang lagu terbaik kat AIM tu.So,setelah aku merajinkan diri surfing (curik tulang sebenarnya,apa taknya before semayang jumaat aku sorang je kat opis ni,yang lain sumer hilang.hampeh.mengular tak ajak aku)maka jumpalah senarai pemenang kategori lagu terbaik AIM.Cuba korang tengok mesti ada yang pelik kat senarai pemenang tu.


AIM 1994 - Satu (Zainal Abidin dan Tan Sri SM Salim)


AIM 1995 - Mentera Semerah Padi (M Nasir)


AIM 1996 - Jentayu (Nora, Johan Nawawi, Sheila Majid)


AIM 1997 - Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)


AIM 1998 - Selamanya (Innuendo)


AIM 1999 - Aku Cinta Aku Rindu (Ajai & Nurul)


AIM 2000 - Ku Mohon (Sheila Majid)


AIM 2001 - Menyemai Cinta Bersamamu (Nora)


AIM 2002 - Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah)


AIM 2003 - Keabadiaan Cinta (Anuar Zain)


AIM 2004 - Selagi Ada Cinta (Ning Baizura)


AIM 2005 - Awan Yang Terpilu (Ning Baizura)


AIM 2006 - Warkah Buat Laila (Zahid)


Perasan tak ada yang pelik kat senarai tu.Tade pun sebenarnya.Saje buat lawak bodoh kejap.Di antara semua lagu tu hanya satu lagu yang penah menang lagu terbaik AIM dan Juara Lagu (JL) iaitu Jerat Percintaan.Nora,Sheila Majid,Ning Baizura masing-masing penah menang 2 kali dalam kategori ni.Tade apa nak cite sebenarnya.Lagipun kena rushing balik sebab ada 'date' dengan bila sang penyu bersuara pas keje.Jangan marah arrr!!


Gambar kat atas ialah gambar jambatan pulau pinang yang diamik dari digital camera aku yang murah dan ada label tulis Made In China.Pandai tak aku amik,ke korang tak nampak apa yang aku amik?
Comments: Post a Comment