Monday, July 17, 2006
Wayang,AF dan Siti

Aku tengok cite ni Jumaat lepas.Nak komen apa yek,tapi memang BEST!Berbaloi bayar RM10 tengok cite tu.Aku bagi rating 3.5/5.Aku tak tengok yang sequel first pun boleh terhibur tengok cite ni.Kesian kawan aku kena explain watak-watak tersebut.

Ni cite yang aku nak tengok coming soon.Best cite ni.Aku penah tengok cite ni versi Korea.Memang best.Keanu Reeves dengan Sandra Bullock.Tingat derang berlakon masa dalam cite Speed.Tak sabar nak nonton.
Hujung minggu cam biasa hibernasi kat umah.Tak pegi mana-mana pun.Cuma semalam aku dah jumpa 'gudang' budak-budak AF tu duduk.Siap tutup dengan kain hitam lagi signboard AF tu.Tapi aku nampak jugak sebab angin bertiup,terselaklah kain tu,maka ternampaklah logo AF.Dua kali aku lalu depan gudang tu sampai pak guard dia yang cam garang tengok aje keta aku.Aku taulah keta aku comel kan..kan..kan..
Malam tadi layan Hitz 1 Final.Bosan.Lapan lagu yang bertanding 2 lagu aje bagi aku yang sedap.Yela,dah sms kan,maka lagu-lagu yang masuk final pun ntah apa-apa.Aku target Ku Seru menang tapi takpelah Misha Omar bawak balik 2 hadiah (persembahan terbaik dengan naib juara).Seperti biasa Lagu Cinta Lagu Jiwa menang.Tak minat sangat Mawi.Dari dulu lagi.
Hari ni orang-orang kat opis sibuk citer pasal Siti Nurhaliza dengan Dato K.Apa kata korang dengan gambar ni?Ada yang geli.Aku tak kisah.Biarlah derang nak kawen dengan sapa pun.Tak effect sikit pun aku.Siti yang punya badan jadi dia berhak pilih sapa untuk dia rasa bahagia.Tua ke muda ke duda ke bujang ke apa ke.Biarlah.Tade salahnya.Kalo pun dia jadi isteri kedua,ketiga malah keempat pun tak salah kalau mahkamah dah membenarkan poligami.Bukan mudah mahkamah yang meluluskan poligami(housemate aku la cite,derang keje mahkamah syariah).So,janganlah kita menidakkan sesuatu yang sememangnya halal.

Apa kata korang?Aku tergelak tengok snapshot ni..Sweet pun ada jugak.Yela,bukan orang lain,bakal suami dia kan.Moga berkekalan.Amin.
Comments:
Post a Comment