Monday, August 21, 2006
Kisah di pagi Ahad
Sabtu lepas terpaksalah bekerja dari pukul 11 pagi sampai 430 petang. Aku sensorang aje kat opis, berani pulak eh. Nak buat cemana, keje tak settle. Tu pun keje tak siap jugak. Tak tahanlah aku, macam keje full day aje kan..
Ahad ialah masa bershopping (katanya). Dengan sape lagi kalau bukan wedding planner aku kan merangkap tukang komen dan tukang bagi idea bagi segala macam hal. Orang itu ialah bila sang penyu bersuara. Pagi Ahad tu, sebelum aku keluar berdating dengan archmal, aku dengan rajinnye pegilah isi angin tayar aku kan. Dengan rajinnye aku pegilah ke stesen minyak berdekatan iaitu Shell. Ada satu keta tengah isi angin, so aku pun tunggulah sambil dengan rajinnye aku ber'sms' dengan orang-orang lain. Padahal tempat aku berenti tunggu turn tu boleh aje aku isi angin tapi kan sebab nak guna pam yang canggih katanya, so rajinla aku tunggu. Sampai turn aku, aku pun tekanlah punat-punat kat pam tu nak adjust tekanan sebenar tayar keta aku kan. Tengah aku tekan-tekan tu, aku dengar ada orang hon kan, so aku pun pusinglah belakang kan dan aku tengok kan keta aku dah bergerak tanpa ada pemandu. Terpaku jap aku tengok keta aku gerak dengan slow motionnye. Aku apalagi lari-lari anak ke arah keta aku itu. Bila dah sampai kat tepi pintu driver, aku cam blank jap tengok keta aku bergerak tanpa ada pemandu. dengan pantasnya aku pun bukaklah pintu keta dan terus aku pegang gear automatik tu. Sebenarnya aku nak tarik handbrake tapi tertolak gear tu, so apalagi, bila gear dh dekat D4 maka bergerak laju sketlah keta aku kan. Dengan pantasnya (katanya) aku pun naikkan balik gear ke N dan terus tarik handbrake. Pastu aku dengan muka selambanya masuk dalam keta, reverse keta balik ke tempat isi angin tu. Dengan selambanya aku sambung isi angin tayar keta aku.
Malunye aku Tuhan aje yang tahu kan. Masa aku tengah isi angin tayar tu, aku intai-intailah ada dua buah aje keta tengah isi minyak. Ishh, malu sungguh. Nasib baik tade keta kat depan keta aku kalo tau mau berlanggar. Nangis aku nak membayarnya. Kalau ada orang ke kat depan keta tu ke, nauzubillah. Tak pasal-pasal masuk penjara aku. Ishh, sunnguh sungguh sungguh aku malu. Konpem aku beberapa bulan tak pegi isi angin kat stesen minyak ituw kan. Korang leh imagine la camne kan kejar keta yang bergerak tanpa ada driver kan. Cam orang gila aje. Nasib baik keta aku ni kecik aje, bayangkan kalo aku kejar Storm ke Rexton ke (persoalannya, mampukah aku nak pakai kan) camnalah aku nak panjat balik atas keta besar yang sedang bergerak itu. Konpem pastu ada orang offer aku masuk Fear Factor takpun Explorace gitu kan.
Moral of the setori, pastikan apa-apa hal kalo nak berenti isi minyak ke, isi angin ke, nak pegi toilet ke, nak beli jajan ke sila pastikan handbrake keta korang ditarik sepenuhnya. tarik abis punya, jangan sayang-sayang nak tarik handbrake walaupun korang letak gear pada posisi P sekalipun. Jangan jadi macam aku, kejar keta yang bergerak tanpa ada pemandu.
Comments:
Post a Comment