Wednesday, August 30, 2006

Merdeka



Photobucket - Video and Image Hosting



Tak dapat bayangkan cemana perasaan aku kalau aku ada time ni. Konpem aku nangis kegembiraan..



Warisan -Sudirman


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Dah dekat nak sambut merdeka rupanya. Dah 49 tahun kita merdeka rupanya kan. Tapi mentaliti kita belum merdeka pun. Minda kita dalam dunia kelas ketiga lagi. Buang sampah merata-rata lepas sambut merdeka. Merdeka ke begitu? Bagi mereka menyambut merdeka itu tidak lebih dari sekadar bersuka-ria.


Aku suka sambut merdeka masa zaman sekolah. Salah satu acara yang aku nantikan tiap-tiap tahun. Malam biasanya kitaorang buat bacaan Yassin. Lepas tu, maka berduyunlah kami (cam rombongan cik kiah kan..) pegi dewan besar sekolah tengok bebudak form 2 akan buat persembahan drama tema kemerdekaan. Setiap kelas wajib buat persembahan dan aku sendiri penah berlakon masa aku Form 2 dulu. Aku jadi permaisuri Sultan Melaka (cemanolah derang leh letak aku jadi permaisuri Sultan Melaka). Lawak betul. Ala, Sultan Melaka yang memecah belahkan Hang Tuah dan Hang Jebat. Ada satu drama tu aku tengok, bebudak Form 2 nie buat scene kat tugu negara. tugu negara tu memang derang lakonkan sendiri, bukannya bina. Maksudnya, derang berdiri dan baring seperti dalam monumen tugu negara tu. Kretip betul bebudak ni. Pastu ada satu scene JWW Birch kena bunuh, ada scene tergolek lepas berlawan, budak tu golek sungguh-sungguh dari tangga sampai bawah. Tinggi tu tangga tu. Mesti sakit badan. Pendek kata tengok persembahan drama memang best. Masa ni kita dapat tengok saper pandai berlakon atau tidak. Sape pandai nyanyi atau tak. Zaman sekolah kalau menang drama ni paling mahal pun menang hamper je la. Tapi itulah hadiah yang paling best waktu zaman sekolah kan. Pastu bila tiba detik 12 malam, pengetua akan laungkan Merdeka dalam dewan dan nyanyi lagu Negaraku. Memang terasalah sambut hari kemerdekaan zaman sekolah dulu. Pastu pagi 31 Ogos tu biasanya ada a few batch yang akan pegi sambutan kemerdekaan kat bandar Raub. Tapi nama aku tak pernah tersenarai pun.


Selain dari drama, sekolah aku penah buat drama yang berlakon kat padang sekolah dengan menggunakan M16 yang betul, bom asap yang betul. Tentera darat yang sponsor masa ni. Masa ni ada satu batch Form 4 yang buat. Semua pelakon lelaki. Kisah pertempuran dalam hutan. Memang best sangat. Pastu budak batch aku penah pakai baju ala-ala Sudirman (baju bendera Malaysia) tu dan nyanyikan lagu Merdeka Sudirman tu (tanggal 31 bulan lapan 57...). Then masa aku Form 4, batch we all (pompuan sahaja) nyanyi koir. Lagu yang kitaorang nyanyi ialah Anak Dunia (lagu Ruhil Amani) dan satu lagu yang aku lupa apa tajuknya. Kitaorang berdiri 3 barisan. Barisan depan (akule) pakai baju kaler base kaler kuning, barisan kedua kaler biru dan barisan ketiga baju kaler merah. Ingat lagi betapa gigihnya kitaorang prektis lagu tu tiap-tiap malam lepas balik dari prep malam. Melalak malam-malam-malam katanya kat hostel tu. Lepas je selesai kitaorang present malam tu, cikgu bahasa Jerman merangkap cikgu kebudayaan suruh kitaorang buat persembahan untuk Hari Ucapan dan Peyampaian Hadiah. Dapat offer katakan (sumer feeling cam artis walaupun buat show kt dewan sekolah je). Masa tu kitaorang nyanyi lagu kumpulan Carpenters dengan lagu Jerman (amek ko, nyanyi lagu Jerman lagi tuw..)


So, itulah sedikit sebanyak antara kenangan aku ingat sambut Merdeka kat sekolah. Sekurang-kurangnya semuanya ada pengisian erti kemerdekaan. Sekurang-kurangnya secara tidak langsung kami terisi dengan semangat perjuangan, menghayati pengorbanan memperjuangkan kemerdekaan. Kibarkanlah Jalur Gemilang untuk menunjukkan rasa kasih kita pada negara. Sepatutnya tidak perlu ada arahan atau galakan dari kerajaan untuk kibarkan bendera menjelang kemerdekaan kalau dalam diri kita ada semangat patriotik. Kibarkan bendera juga bukan sekadar simbol. Diriwayatkan bahawa dalam peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w., pejuang-pejuang Islam sanggup mati syahid bagi mempertahankan bendera. Pembawa bendera ialah panglima perang. Betapa bendera ialah simbol kejayaan, kemenangan dan kekuatan sebuah kumpulan, bangsa dan negara sejak berzaman. Salah satu sifat orang yang beriman ialah sayang kepada tanah airnya. Maka zahirkan tanda patriotisme ini dengan mengibarkan bendera negara kita


Ok, apa ntah aku bebel, tapi aku puas. Selamat menyambut merdeka, merdekakan minda, banggalah menjadi Anak Malaysia... Merdeka!!!!!!!
Comments: Post a Comment