Monday, September 25, 2006



Jumaat, 25 September 2006


Pagi tu masa nak pegi keje, aku terlupa pakai cincin. Dah tutup pintu depan, memula ingat nak masuk balik pastu malas pulak. So, tak pakaile aku cincin aritu kan.. Sampai je opis, lepas aku tapau nasi goreng (frust sebab nasi lemak yang sedap tu tade), aku pun menuju ke lif nak naik department aku kan. Pastu ada sorang manager ni tegur aku..


M: Awak ke yang bersama dengan A (nama sebenar) dalam kereta semalam?
A: Eh, taklah
M: Bukan awak ke, I nampak dia dengan sorang budak pompuan tu dalam keta, around 1230 kat showroom tu. Dia datang denagn keta citroes dia..
A: Taklah...bukan saya


Pastu aku naik lif, dia naik tangga. Masa dalm lif tu aku senyum sorang-sorang. Dah lama tak dengar nama A sejak die tukar keje, tup-tup pagi itu aku dengar nama dia..kebetulan betul.. Pintu lif terbuka, aku pun kuarle..aku tak berenti senyum lagi masa tu. Tetiba manager tu muncul dari tangga tu. Nampakle aku tengah senyum sensorang.. adoiii.. mengong, kantoi aku senyum sensorang.. buduh tol..


M: Bukan awak ke yang dalam keta semalam?
A: Tak, bukan saya (ish, tak puas hati lagi orang ni..)
M: Dah lama ke awak tak jumpa dengan A?
A: Lama dah, sejak dia tak keje kat sini.


Perbualan berakhir. Aku masuk department aku, dia masuk department dia. Hurm..pagi tu betul-betul buat aku tingat kat mamat nama A. A ni aku kenal masa kt tempat keje aku ni. Dia department lain, aku department lain. Dulu dia ni minat kat member aku, Y. Tapi Y ni dah ada pakwe kan.. lama-lama dia selalu main messenger(internal) dengan Y. Pastu Y bagi ID aku kat dia, dan dia pun start anta message then emel. Pastu penah la jumpa kuar makan, tengok wayang dan sebagainya. Lama gak la kenal, tapi aku biasa jela, kawan je kan. Bila dia kuar company ni, aku tak penah layan call dia atau balas message dia. Ish, kadang-kadang aku rasa bersalah buat orang camtu, tapi masa tu aku tengah serabut kepala otak then malas nak layan mamat tu. Aku ni kan mengong kadang-kadang bab cintan cintun. Huh.


Lepas aku tukar status, aku ada gak terpikir pasal dia. Dalam hati aku rasa kesian denagn dia, kadang-kadang aku rasa jahatnya la aku kan. Tapi aku tade niat nak main-mainkan dia. Dia penah le anta sms kat aku nak serius dengan aku, tapi aku bagitau tanakle, nak kawan je. So, yang aku senyum-senyum dalam lif lepas manager dia bagitau pasal dia dengan pompuan lain dalam keta, aku rasa hepi sebab maybe dia dah ada orang lain yang boleh terima dia kan. So, tadelah aku rasa bersalah kalau dia bahagia sekarang. Kesimpulannya, aku gembira bila dia bahagia. Tu aje.. (Apa kaitan aku tak pakai cincin dengan setori ni.. hurm..)


Cite hujung minggu tade pape yang menarik sangat kecuali kuar pegi IKEA (sekali lagi), layan mata tengok barang. Pastu lunch makan swedish meatball. Sedap gak. Aku ingat kan makan meatball tu tak kenyang, tapi rupanya kenyang gak. Malamnye start terawikh. Ahad pulak dah start puasa. Ya ampun, bosannye puasa kalo hari cuti. Dah tatau nak buat apa kat umah tu. Kalau kat ofis nie tak terasa buat keje pastu sambil tu curik tulang kejap-kejap kan (hapdate blog ke, surfing internet ke, donlod video ke kan). Kesimpulannya hujung minggu aku tak menarik pun.. Ha ha ha ha....
Comments: Post a Comment