Wednesday, September 20, 2006



Nak cite hal yang berlaku hujung minggu baru ni (basi dah cite, tapi tak kira nak cite gaks). Pagi sabtu tu aku kuar umah kol 1000 pagi amik mak aku kat KLIA. Pas amik mak aku, pegi amik adik aku kat UPM pulak. Lepas tu gerak pegi Bandar Kinrara umah kazen aku. Pas lunch kat sana, we all gerak pegi Sungai Buloh. Umah kazen aku gaks. Lawa umah dia kat area Bukit Rahman Putra. Anak-anak dia sume speaking dengan adik beradik, tapi bila denagn parents tadelah fully speaking, campur gaks bahasa melayu. Bahasa Kelate tu tade kedengaran, yelah, kazen aku kawen dengan orang Penang. Asyik pindah randah dok obersea je..syiok betul la. Mana la anak-anak dia tak berabuk speaking. Anak dia yang bongsu tu (umur dalam 4 tahun) dah pandai melalak lagu Rihanna. Huh, aku dulu masa tu mana tau nyanyi lagu omputih. Dasat tol budak zaman sekarang eh.. Ada sorang kazen aku kat Shah Alam tu, dia ni selalu travel obersea, almost sebulan konpem dua minggu pegi obersea tu wat keje (pompuan ok..). Dulu before dia kena pindah US, anak-anak dia sekolah kat sekolah biasa je. Bila dah dok sana, anak-anak die sumer sekolah international school la kan. So bila balik Mesia, sekarang ni sume sekolah private. Dua oarng anak dia yang atas tu ok lagi la cakap melayu nya. Anak dia yang dua orang bawah tu sorang boleh cakap bahasa melayu (menggunakan tatabahasa seperti dalam buku teks) contoh ayat yang aku penah dengar "Awak hendak bermain dengan adik saya?"..(mak aihh skema giler) dan sorang lagi langsung takleh cakap melayu. Aku kalo pegi umah dia konpem lari dari anak dia yang kecik tu. Ya ampun, aku tak paham apa dia cakap so terpaksalah aku melarikan diri dari anak dia. Huh, kan dia tanya soklan depan mak dia, aku tatau jawab mati aku. Siyes, aku tak paham slang dia guna. Tatut aku...


Pas tu, we all pegi Bandar Baru Selayang. Kat tempat ni lah aku membesar dan bersekolah rendah. Pegi sana umpama mengimbau memori zaman 1990 - 1996. 6 tahun tu dok kat sana. The best neighbours I ever had. Kawan-kawan zaman aku sekolah rendah dari pelbagai bangsa ada. Dalam kelas aku ramai jugak orang bukan melayu. Semua aku kawan, siap jalan kaki pegi sekolah sesama, buat aktiviti sama-sama. Hari raya derang datang umah. Memnag best la zaman sekolah dulu. Tapi bila dah besar ni cam dah tade kurang kawan dari bangsa lain.. Hurm..


Secara totalnya perjalanan aku untuk hari Sabtu ialah Shah Alam - KLIA - UPM - Bandar Kinrara - Sungai Buloh - Bandar Baru Selayang - Shah Alam. Mileage aku tak check pulak bape kilometer kan..(ingat nak claim kat opis ke check mileage kan..)


Hari Ahad pulak, pepagi lagi dah kuar. Pegi Seksyen 19 dulu then pastu pegi Putrajaya (Precint 10). Pas tu we all pegi IKEA. Lepas penat ronda dan beli barang (tak sampai RM30 pun..), pegi Subang Parade laks. Pastu pegi Giant Shah Alam, pastu pegi Keramat (AU3). Pastu pegi UPM then terus balik Shah Alam. Rangkaian perjalanan aku untuk hari Ahad ialah Shah Alam - Putrajaya - Damansara - Subang Jaya - Shah Alam - Keramat - UPM - Shah Alam. Huh, penat gilerr.. begitulah rutinnya kalo mak aku datang KL. Tugas aku ialah menjadi drebar yang akan membawa ke mana sahaja destinasi yang dia nak pegi. Tak kisah, sekali-sekala dia datang kan. Bukannya orang lain, mak aku jugak kan...
Comments: Post a Comment