Friday, October 20, 2006

Minggu-minggu terakhir seorang **** Finale



Jadi, hari ini ialah hari terakhir kebanyakkan orang yang bekerja sebab bermula malam ini dan seterusnya acara balik kampung sudah bermula kan. Sampai saat ini aku tak terasa teruja pun lagi nak balik sebenarnya. Rasa macam lambat je lagi nak sambut raya padahal lagi 4-5 hari je lagi. Kenapa eh? Hurm.... Kat opis aku pulak, tadi diberitau gaji masuk after raya (26HB). Sebabnya bonus masuk hari ni. Huh, buduh tol. Abis, orang-orang cam kami yang tade bonus ni keringlah sampai raya. Eii, geram sungguh. Maka kawan-kawan aku yang memang dah tade duit (ala, aku pun ada lagi RM100 je untuk balik esok), ni memulakan proses pinjaman kewangan dengan salah sorang staff kat sini. Mr S ni memang dikenali sebagai banker. Selalu offer pinjam duit bila keadaan macam ni. Memang dia sorang yang baek hati. Selalu belanja kitaorang makan. Dan aku penah pinjam duit dia RM200 sebab nak pegi outstesen kat Penang satu masa dulu. Nak apply advance dah tak sempat so pada dialah aku pinjam duit. Terasa tebal gak muka aku masa nak pinjam duit dengan dia tapi aku terpaksa. Lepas balik dari Penang dan dah dapat claim, cepat-cepat aku bayar duit. Dan sekali lagi dia offer aku nak buat loan tak. Tapi aku tak apply pun loan dia sebab ada lagi duit sikit untuk esok. Oppss, dia ni bukan kategori lelaki yang miang yang suka menggatal dengan pompuan. Tade pun cite pasal affair dia kat opis ni. Dia memang seorang lelaki yang baik dan untung isteri dia dapat Mr S ni. Selalu bagi nasihat kat kitaorang tapi yang paling tak tahan dia ni suka bercerita. Penat woo nak layan dia bercerita... Kadang-kadang bebudak ni jahat gak sampai cakap Mr S tu suka buat-buat cerita (dalam erti kata lain ialah temberang). Tak kisahlah, yang penting hati mau baik kan...


Oklah, tanak cite pepanjang dan aku nak wish semua kawan-kawan aku yang sudi menjenguk blog aku tak tak best ni ' Selamat Hari Raya Aidilfitri'. Maaflah kalo ada entry aku yang buat korang sakit ati ke apa ke kan. Lupa laks, ' Happy Deepavali' jugak. So, aku takkan update blog sehingga seminggu selepas raya. Doakan aku bahagia dengan bakal suami aku sebab 28 Oktober ni aku kawen. Wish me luck! Yang drive balik kampung (termasuklah aku), 'Berhati-hati di jalan raya, biar lambat asal selamat'. Tak lari kampung di kejar..:D
Comments: Post a Comment