Monday, October 16, 2006

Minggu-minggu terakhir seorang **** Part 3



The Rose (Bette Midler / Westlife)


Some say love, it is a river
that drowns the tender reed.
Some say love, it is a razor
that leaves your soul to bleed.
Some say love, it is a hunger,
an endless aching need.
I say love, it is a flower,
and you its only seed.


It's the heart afraid of breaking
that never learns to dance.
It's the dream afraid of waking
that never takes the chance.
It's the one who won't be taken,
who cannot seem to give,
and the soul afraid of dyin'
that never learns to live.


When the night has been too lonely
and the road has been to long,
and you think that love is only
for the lucky and the strong,
just remember in the winter
far beneath the bitter snows
lies the seed that with the sun's love
in the spring becomes the rose.


Ni ialah lirik lagu The Rose yang kat dalam video bawah tu. Ekceli penyanyi asal lagu ni ialah Bettle Midler (yang nynayi lagu Far beneath My Wing, kalo korang tau la). Yang tengah nyanyi sekarang tu sora Bette Midler. Korang bandinglah mana yang lebih best. Masing-masing best dalam version masing-masing. Lagi satu Westlife ni banyak gak nyanyi lagu orang lain kan. He he he he... Eniwei, aku memang suka liriknya. So sweet..:-)


Dah makin dekat nak raya kan. Honestly raya tahun ni aku tak terasa pun nak beraya. Tak terasa pun kemeriahan nak berhari raya. Maybe sebab tahun ni ada event yang lebih besar dan penting dari berhari raya menyebabkan aku tak terasa sangat nak beraya sakan atau yang seangkatan dengannya.


Khamis lepas (past tensenye la cite)aku, opismate dan ex-opismate berbuka posa kat Nelayan Titiwangsa. RM30 per head utk makan steamboat. Senang cite memang berbaloi dan best sangat berbuka kat situ. Ditambah dah lama tak jumpa member yang tak sama opis kan. Kitaorang group terakhir yang keluar dari Nelayan tu. Masa tengah makan tu kitaorang siap amik lebihan udang dari meja sebelah (meja sebelah amik udang banyak-banyak then tak makan, membazir tol). Amik air mineral water dari meja-meja lain jugak. Ha ha ha ha... waiter tak marah pun. Dah tade orang kan. Dari mebazir tu baik bagi kitaorang makan dan minum kan. Masa kitaorang tengah makan tu adalah waiter ni datang ke meja tanya ada tak orang hilang purse kaler pink. Masa tu dalam hati aku terdetik cam purse member aku tapi aku malas nak tanya dia sebab dia pun cakap tade hilang. Dah selesai melantak seafood (tatau bape banyak ekor aku makan) yang penting derang tunggu aku abis makan baru nak balik. He he he he... Masa nak bayar tu kat kaunter pembayaran waiter tu tanya lagi ada sesapa hilang purse kaler pink tak. Pastu member aku yang aku syaki tadi hilang purse tetiba bersuara "Saya rasa saya punya kot ". Then kitaorang sume (8 orang) sume serentak pandang dia then cakap " Ya Allah.... Didiiiiiiiiiiiiii". Yelah orang tu dah buat announcement 11 kali then jalan dari meja ke meja tanya sapa ada hilang purse kan. Manalah kitaorang tak tekejut dengan sifat pelupanya tu. Dia ni memang sorang yang sangat-sangat pelupa. Dahla boifren nya pun jenis pelupa jugak. Kitaorang selalu usik nanti bila pas kawen, jalan-jalan kat shopping mall, tertinggal anak bila time nak balik. Tak pun terlupa dah ada anak kot.


Weekend tade pape yang menarik berlaku melainkan turun naik tangga kat umah baru (4 tingkat wooo) aku tu urusankan pelbagai urusan. Huhuh, penat sangat. Dahlah puasa, kalo tak puasa tade hal la kan. Pas anta adik aku balik UPM aku jemput salah sorang kawan baek aku (ira namanya, dia nih single lagi, sape yang berminat leh contact aku ye...:-)) sesama buka posa then hang put bersama. Lepak kat umah je sambil layan cite indon (Me Vs High Heels, lawakla cite ni) dan borak-borak. Dah lama dia tak lepak umah aku. Pasni tatau la kan bila leh lepak cenggitu, sedih plak aku.. Mesti aku rindu nak hangout dengan member-member pompuan aku. Bergossip, luahan hati dan macam-macam hal dalam girl's talk kan.. bestnye kan... Hu hu hu hu... Uwaaaaa... sedih bangat sih.... Siyes sedih...
Comments: Post a Comment