Wednesday, November 22, 2006
Kenapalah kat KL ni kalo ujan je jalan konpem jem eh? Tak paham aku. Semalam aku kuar opis kol 640pm, samapi umah kol 730pm. Padahal jarak umah aku dengan opis hanya 12km sahaja. Ish, tak paham.
Sampai aje umah, aku tengok barang-barang dalam peti sejuk dah dikeluarkan dari peti. Nampaknya housemate aku dah tak sabar-sabar nak pindah umah. Housemate aku yang lain cam terkejut gakla sebab dia bagitau soh clearkan peti sejuk tu hujung bulan ni. Bila barang-barang dah dikeluarkan bahan-bahan mentah la yang paling susah nak jaga. Dalam peti tu ada ayam, daging, ikan dan udang lipan. Nak dijadikan kes lebih complicated, gas pulak dah abis kat umah tu. Bila tepon sticker supplier gas kat dinding umah aku tu, supplier gas tu dah tak anta gas bila lebih kol 7pm. Camtu ke org jual gas eh? Memang ada polisi takleh supply gas lepas kol 7pm ke. Ish, satu perkara lagi aku tak paham.
Pastu aku pun tingatlah kat rice cooker. So, kitaorang pun selamatkan lauk-lauk tu dengan memasak guna rice cooker. Memula goreng udang lipan tu. Aku terasa cam main masak-masak masa zaman kanak-kanak ribena dulu. Lepas dah settle goreng udang, masak tomyam ayam dan daging tu. He he he... sonot tau. Terasa meriah. So, bila dah masak tu, operasi makan-makan bermula. Best, terasa cam pegi piknik tapi ngadap depan tv. Sonot... sonot tau. Masa tengah makan-makan tu, hubby aku kol bagitau umah dah hampir siap renovate so dalam next week dah leh pindah umah.
Pas dia cakap camtu, tetiba aku terasa sedih dan sayu. Isk, sedih sangat nak tinggalkan housemate aku dan umah sewa aku. Dah 2 tahun aku dok situ. Macam-macam perkara dah terjadi. Kebanyakkan yang best-best je dan aku rasa inilah housemates yang paling caring penah aku tau. Time sakit ke time sedih ke time susah ke time gumbira ke memang mereka selalu ada. Hari-hari muka tu je aku jumpa. Isk, memang sedihla... Sedih sangat... uwaaaaaaaa..... tapi bak kata bestfreng aku 'biasalah tu...sampai masa tetap akan terjadi..'. Isk...
Ada yang hilang ketika aku pergi
Hatiku,jiwaku
Ada yang pergi ketika aku pergi
Senyummu,tawamu
Hidupku ikut hilang bersama mu
Cintaku ikut pergi bersama mu
Aku masih disini
Mencoba untuk tetap berdiri tanpa mu
Comments:
Post a Comment