Thursday, November 30, 2006

Kisah macam hal



Dah lama tak hapdate blog. Bizi la. Asyik-asyik bagi reason bizi kan, nak buat cemana itulah hakikatnya.


Bermula hari Isnin sampai petang tadi aku untuk pertama kali jadi trainer untuk 4 hari berturut-turut. Nak nanges pun ada, nak muntah pun ada, geram ada, menyampah ada. Pendek kata segala macam jenis rasa dan perasaan ada. Penat woo berdiri aje semasa mengajar. Bayangkan dari pukul 900 sampai kol 500 kebanyakkan masa berdiri sambil membebel-bebel ngajar tak benti. Kaki penat, tekak kering. Pendek kata penat. Bukan takat kena berdiri ngajar je, pas ngajar kena pusing tengok anak murid buat exercise ok ke tak ok kan. Aku tak kisah ulang banyak-banyak kali ngajar benda yang sama kalau memang anak murid tak paham kan. Tapi aku paling naik hangin kalau aku bagi execise willing tanak buat konon cam terer je. Nak aje aku ketuk kepala student camtu. Mengong la. Dahla tatau, malas pulak nak buat exercise. Pasan pandai la tu. Itula yang buat aku geram kalau jadi trainer. Eiii... geram tau kalau dapat student camtu. Tade usaha langsung.


Dah 2 hari rutin aku bertukar. Bangun tido dah kol 6 pagi. 7 pagi dah gerak pegi opis. Dulu 7 pagi baru terkedek-kedek nak mandi. Ishh, segalanya berubah. Hurm... Cuti aku ada lagi balance 5 hari kena abis before ujung tahun. Rasa nak amek cuti balik kampung aje. Sonotnya la.. Manja-manja dengan mak aku kan. Makan masakan mak aku. Uwaaaa... aku rindu kat kampung, kat mak aku especially, kat adik-adik aku, kat nenek aku, kat bibik kt umah tu, kat itik-itik di belakang umah. Rasa cam dah bertahun tak balik padahal baru sebulan je. Sejak dah tukar status ni rasa cam dah lama tak jumpa family aku. Ishh, tiba-tiba aku jadi sentimental kan. Tadi masa aku on the way balik opis pas pegi bank, masa aku kat traffic light, aku tengok satu kelisa. Dalam keta tu ada suami isteri dan anak pompuannye kat belakang. Dah besau la budak tu. Aku terbayang aku dalam keta tu bersama family aku. Dulu arwah ayah aku suka bawak kitaorang pusing-pusing bandar naik keta. Sambil tu we all bercerita. Ish, bestnya la. Aku betul-betul rindu saat tu. Sejak aku dah tukar status ni lagilah aku selalu tingat saat-saat we all together. Aku realize how much I really miss that those time. Isk, sedih..sedih..sedih..sedih.. Aku rasa nak nangis. Siyes....
Comments: Post a Comment