Monday, November 20, 2006
Wahh.. dah lama tak hapdate blog. Ya ampun bizi tak terkata. Nak nanges pun ada. Khamis dengan Jumaat lepas aku pegi Ipoh. Outstesen. Nasib baik adik aku ikut, leh gak berteman dok kat hotel tu, kalo tak mati kutu aku dok sensorang. Masa kat Ipoh, adik aku tak bowing walaupun aku pegi keje sebabnya dia melepak dengan kawan satu sekolah dengannya. Budak medic. Lawa budak ni ada, lesung pipit. Manis gitu. Best arr patient leh jumpa doktor yang lawa nanti.
Adik aku tengok wayang dengan dia, so lepas aku balik keje aku amiklah meka berdua dan anta member dia ni balik umah sewa. Hurm, lawak betullah tak ingat jalan balik umah. Siap pusing tempat yang sama ntah bape kali. Yang paling kelakar sekali bila sampai roundabout, biasanya kita sebut pukul 12 kan kalo nak pegi straight kan. Tapi member adik aku ni sebut pukul 11. Reasonnya sebab sudutnya tak sama dengan pukul 12. Aku tahan gelak dalam perut. Ishh, memanglah sudutnya tak sama, tapi tadelah orang guna istilah kol 11, biasanya kol 12. Hurm, adakah itu penangan terlalu kuat studi sebab amik medic, tataula aku kan.
Lain cite pulak kat tempat worksyop aku. Masa aku tengah register nama-nama staff tu aku tanyalah kan position orang tu mekanik ke SA ke sebab biasanya aku register untuk 2 post ni je. Pastu ada satu mamat cina ni bagi nama, so aku tanyalah post dia apa, mekanik ke sa. Sekali bebudak yang ada sekeliling aku cakap 'Dia director maaa'. Hahaha..aku terasa merah muka aku. Director rupanya, aku ingatkan budak mekanik mana la tadi. Pastu bermulalah keje aku kan cite hal-hal software tu. Pastu adalah salah sorang dari mereka ni (mostly derang ni chinese)cite pasal masalah kalau situasi tersebut berlaku susah nak guna system. Aku suruhlah dia cite. Dia pun citelah 'bla..bla..bla....susah lah kalo fcuky motor (pepahamlah apa makna tu ye) beli itu barang mau masuk itu system'. Dalam hati aku cakap selamba je budak ni mecarut depan aku. Datang sorang lagi pulak cakap 'bla..bla..bla...it fcuky motor banyak beli barang woo dari kite..'. Apa kes la derang ni suka sangat mencarut. Ni konpem tak suka kat company tu.
So, seharian tu banyaklah perkataaan fcuky motor yang aku dengar. Bebudak melayu pun sebut sama gak. Heran betullah aku. Lepas tu bila aku on the way balik dari lunch ke tempat worksyop tu aku notice sesuatu dan aku rasa nak tergelak pun ada. Rupa-rupanya bukannya fcuky motor tapi sebenar Fuh Kee Motor. Ha ha ha ha.. bebudak ni pronounce bunyinya cam mencarut je. Sabo jela. Ha ha ha ha...gelak lagi.. Lawak la...
Hari ni letih mulut aku bercakap seharian. Dah setat musim training. Penat woo bercakap. Kering tekak, kalo bulan posa konpem takleh nak minum minum air. Tambah-tambah kalau dapat participant yang slow, lagilah double keje kena explain. Esok seharian lagi jadi trainer. Penatlah bercakap. Huhuhuh.... By the way, arini dah dapat OST Cinta yang aku dok cari selama ni. Promo filem tu bukan main lagi dah banyak tayang. Saje je bagi orang tak sabar nak tengok filem tu. Aku rasa (80%) filem tu menag best. Ish, tak sabo nak tengok. Hi hi hi hi... Jom kita tengok ramai-ramai. Biar box-office, kalahkan Nana Tanjung tu. Ntahh hapa-hapa la cite. Cite camtu pun leh box office. Baik takyah jadi professor kalo takat buat filem cenggitu. Huh..
Comments:
fuh kee motor katanya...hiks....
lagu ost Cinta tu kat blog i ada...
jgn jeles...
btw... u nak gi tgk wayang ngan sapo???hiks...mesti wadi tido dlm panggung....
i think i still the best tgk wayang buddy to u kan kan....matilah berangan...
Post a Comment
lagu ost Cinta tu kat blog i ada...
jgn jeles...
btw... u nak gi tgk wayang ngan sapo???hiks...mesti wadi tido dlm panggung....
i think i still the best tgk wayang buddy to u kan kan....matilah berangan...
