Tuesday, December 05, 2006
......Cinta......

Ada apa dengan Cinta. Macam-macam kisah tentang Cinta. Dan Cinta itu sememangnya indah. Seindah filem Cinta yang aku nonton semalam. Berkesan betul cerita ni pada aku. Sampai sekarang aku dok terbayang lagi betapa bestnya filem Cinta ni.
Sebelum aku review sket-sket apa yang aku suka pasal Cinta ni, aku nak setori dulu perjalanan aku nak nonton Cinta ni. Sebenarnya tak rancang pun nak nonton Cinta ni. Nak dijadikan cite, bos aku cuti semalam. So, bila lunch hour we all (3 org dak pompuan) plan nak pi makan kat PAS. So, bergeraklah kitaorang pi sana. Naik smart car tau. Smart 4four. Keta smart ni tunang opismate aku pakai. Keje daimler katakan. Keta smart ni tadelah lawa sangat pun dari sudut interior. Sempoi gile. Lawa lagi Neo atau Myvi. Window kat seat belakang pun guna manual tau nak naik turun. Keta harga mahal-mahal tapi tingkap guna manual. Tak menarik sungguh. Masa kitaorang tengah makan nasi sup yang sedap kan, aku pun mengeluarkan idea untuk pi tengok wayang. Ni sume gara-gara bestfreng aku le dok promote Cinta tu best. Buat aku tak sabar nak tengok. Alang-alang bos tade kan, so amek le kesempatan monteng keje jap kan. Bila dak 3 orang ni dah agree, aku dengan pantasnya call bestfreng aku suruh die check kt Internet kol bape Cinta ada kat cinema. Kol punya kol akhirnya dapatlah waktu yang sesuai kat Summit USJ kol 240pm. Sume dah nekad ni nak pi layan Cinta. Pas makan, tunang member aku pi SIRIM jap amik dokumen. Kuar dari Sirim kol 220pm. Apa lagi, kitaorang pikirkan jalan paling kurang sesak dan pantas nk pi USJ tu. Keta smart yang comel tu pecut laju mencelah-celah lori kat KESAS hiway tu. Best giler. Rasa cam tengah naik keta racing. Comel tapi power. Biasala enjin Mercz kan. Kalo tak power tade maknalah kan. Kitaorang smpai depan Summit tu kol 240pm. Berjalan pantas carik cinema. Rasa cam baru pas buat pecut 100meter. Mengah woo. Then kitaorang masuk cinema tu kol 255pm. Oklah, cite pun baru je setat. Dapat plak seat yang best. Maklumlah time keje kan, bukannya sume orang ponteng keje nengok wayang. Ha ha ha ha....
"Isteri itu bukan hakmilik tetapi anugerah..."
"Kadang-kadang orang yang kita sayang itulah yang paling susah untuk disayangi..."
"Love is about letting go..."
Itulah antara ayat-ayat menarik yang aku ingat dari filem Cinta. Huh, hafal katanya. Tu menunjukkan betapa lekatnya cerita ni dalam otak dan hati aku. Abislah jadi fanatik filem Cinta katanya. Ha ha ha ha....
Kisah cinta Cikgu Elias dengan Rubiah. Seorang pesara guru yang dihormati oleh kawan-kawan dia walaupun dia ada Alzheimer. Rubiah pada mulanya suka kat Cikgu Elias ni tapi bila dia tau Cikgu ni ada Alzheimer, perasaan suka ni dah bercampur dengan simpati. Cikgu ni dok dengan cucu dia, yang dia ingat anak dia. Terutama lepas dia follow Cikgu Elias ni tengok aktiviti yang dia selalu buat. Borak kat kedai kopi sambil ajar budak-budak, main catur dan gunting rambut. Satu hari, penyakit Alzheimer Cikgu ni dah teruk, doktor cadangkan dia dijaga dia pusat penjagaan. Dokor ni bagitau kalau cucu dia tak mampu, dia akan tolong. Sebabnya, kerana tunjuk ajar Cikgu Elias itulah doktor tu berjaya. Bila tiba masa nak bawa Cikgu Elias ni pi rumah penjagaan walaupun cucu dia dah nangis beria-ria tanak bawa, tapi dah terpaksa kan, Cikgu ni panggil cucu dia dengan nama dia yang sebenar bukan nama anak dia. Ending tengok sendiri la..kan tak jadik sinopsis dah.
Kisah Azura dengan Azlan. Kisah cinta yang agak tipikal tapi menarik olahannya. Azlan orang yang kaya dan bekerjaya hebat nak memikat Azura, gadis yang keje kat kedai buku. Kisah cinta derang berjalan lancar sampai satu ketika, Azlan ni buat satu kesilapan besar. Azura ni dah kecewa giler dengan Azlan sampai dia selalu melarikan dari Azlan. Ending tengokle sendiri..
Kisah Nanu dan Que. Lupa nama watak apa, tapi yang pasti akak dan adik. Inilah kisah paling aku suka sangat. Mendalam. Kisah adik beradik yang selalu bertekak sebab si akak tak puas hati bila adik sekadar jadi pelukis jalanan di CM. Si adik pula tak puas hati bila tau akak nya bercinta dengan suami orang. Bila satu hari, Nanu tau yang boifren dia ni rupa-rupanya cam memainkan dia, dia gunakan adik dia untuk lepaskan rasa kecewa itu. Pastu derang bergaduh besar. Satu hari, ada kejadian berlaku yang memerlukan salah sorang dari mereka untuk melakukan pengorbanan.
Kisah Rita dan Shidee. Nama watak lupa la. Kisah kedua yang aku suka. A happy family. Suami yang berkerjaya, kaya, isteri yang cantik dan anak pompuan yang comel. Bayangkan apa perasaan Shidee bila mengetahui yang isterinya mencintai orang lain dan dia dan dah dia anggap hanya kawan dan abang sahaja. Shidee sedang siapkan banglo idaman untuk dijadikan surprise pada Rita. Hanya pada satu malam, Rita meluahkan segala-galanya dan dalam sekelip mata ianya musnah. Macam mana Shidee nak terima hakikat bahawa orang yang paling dia sayang selama ini, dan boleh ke dia nak lepaskan Rita tu pergi camtu aje kan. Tengokle..
Kisah Taufik dan Ariana. Taufik yang lurus bendul, keje kat Mingguan Sensasi. Keje orang lain sume dia buat. Satu hari datang Ariana ni mintak tolong carikan boifren dia yang hilang. Suruh iklankan. Dna paling kesian, semua barang2 penting dah hilang kena ragut. Taufik ni sudilah nak tolong Ariana dan tumpangkan Ariana tido umah dia. Umah taufik ni betul-betul sebelah landasan komuter. Selama Ariana tumpang kat umah Taufik ni, Taufik dah suka pada Ariana. Adakah Taufik akan bagitau Ariana apa yang dia rasa?
Itulah 5 kisah cinta. Memang best sangat filem ni. Ceritanya simple, tapi penyusunan dan olahan sangat teratur dan menarik. Soundtrack pun best. Dialog menarik. Camerashot sangat cantik. Filem nak buat aku terasa nak tengok lagi. Senang cakap memang best. So, kengkawan, marilah beramai-ramai tengok filem Cinta ni. Biar jadi box office. Kalahkan Nana Tanjung. Hurm, bosan.
Comments:
Post a Comment