Wednesday, December 20, 2006
Malam Anugerah MFA 2006
Malam tadi aku dijemput (jemput tu) untuk Malam Anugerah MFA (Malaysia Franchise Association) kat Crown Princess Hotel Jalan Ampang. Aku dan beberapa orang department aku represent company aku. Lagipun division aku sangat penting dan salah satu division yang bagi income kat company. Ni kali kedua aku join dinner MFA. Aku ni kalo bab-bab pi dinner jangan harap nak tolak. Bila lagi nak bagi makan free kan (dasar suka makan)
Dinner tu setat kol 830malam. Meja aku betul-betul belakang meja VVIP. Betul-betul depan stage. Memang best sebab leh tumpang glamor bila kamera RTM dok suluh kitaorang. Setat majlis je dengan tarian 'Asmaradana'. Tadelah best sangat sebab tak sharp pun tarian derang. kena Tiara gak menari baru best. Masa tengok derang menari tu aku terus tingat kat bestfreng aku. Dia ni dulu glemer selalu kuar masuk TV (pasni wajib you belanja i makan). Dah abis tengok orang menari, dengar ucapan orang-orang VVIP. Pastu barulah setat makan. Menu dia ialah Chinese Food. Peberet aku. Aku memang suka giler chinese food. Apa lagi makan tak hengat dunia la kan. Masa tengah makan ada persembahan dari bebudak tadika Smart Reader menari lagu zapin. Comel giler dan tarian derang lagi best dari akak-akak Asmaradana tu. Hengat senang nak menari zapin. Dahle lama gak lagu tu dan bebudak tadika laks yang menari. Memang comel sangat-sangat. Pastu ada persembahan dari Helmi Gimmick. Oklah dia as a penghibur. Nasib baik dia tak jemput aku naik stage buat persembahan dengan dia. Aku cuak giler masa dia cari target suruh orang buat aktiviti kat atas stage dengan dia. Tanak aku.
Pas abis makan (setiap dish dihidangkan bila satu-satu dish dah abis makan)barulah upacara penyampaian anugerah. Company aku just masuk finalist je. Tak menang pun. Kitaorang dah menang banyak lagi anugerah ni dan last skali kitaorang dapat trofi Franchise Terbaik masa tahun 2002. Walaupun kitaorang tak menang tapi company aku ni antara main sponsor untuk Malam Anugerah tu. Malam tadi dapatlah aku tengok in person 'tokey' Secret Recipe, Clara Intenational Beauty (cheongsam dia belah tinggi wooo, kenyang mata lelaki semalam), Smart Reader, Marrybrown dan ramai lagilah. Tahun ni aku tak dapat lucky draw. tahun lepas aku dapat lucky draw tapi dapat hadiah DVD Player cap ayam je. Tak kesah sangat sebab yang paling best dapat feel menang lucky draw. Tu yang paling best. Masa on the way balik aku tengok hadiah lucky draw sama macam tahun lepas gak. DVD Player.
Kesimpulannya, food masa dinner tahun lepas lagi best dari tahun ni. Tapi secara overall tahun ni lagi best dari tahun lepas. Pas aje dinner semalam tetiba tingin nak buka Smart Reader. Jom kengkawan kita bukak smart reader. Ngajar budak lagi best kan...:)
Comments:
Post a Comment