Sunday, December 17, 2006

Tatau apa cite...



Apa kes hapdate blog hari Ahad kan. Nampaknya aku pada hari Ahad ni gegeh bekerja. Kalah Indon dengan Bangla. Derang Ahad pun ada yang off. Aku tak kesah janji leh claim. Abislah mata duitan katanya. Takkannya aku nak datang keje kalo tak dapat duit walaupun sikit kecuali ada keje aku yang aku sendiri tak sempat nak settlekan. Yang tu sendiri tanggung la kan. Sape suruh tak siapkan keje ontime.


Sekarang aku sensorang kat dalam opis ni. Iye, sorang-sorang dalam department aku ni. Sepatutnya aku kena jaga vendor kat bawah tapi memandangkan dah tade orang datang function ni so aku pun naiklah atas hapdate blog sambil online. Sepatutnya aku kena jaga dari awal lagi, tapi pagi tadi pi anta keta servis. Melayang RM200. Tu pun adalah sket-sket kawtim harga sebab aku kenal dealer tu. Oklah tu dahlah major servis, barang original kiranya dah berbaloi dengan harga tu. Walaupun keta aku tu dah tiga tahun tapi bila time servis tetap mau barang original. Imitation, klon, local punya barang tak main arr. Bukan berlagak banyak duit pakai barang original (ala, aku servis keta tunggu duit claim je) tapi memikrkan kualiti keta. Meh aku bagi tips nape penting korang servis keta kat tempat authorized dealer bukan kat workshyop pokok ceri.


1. Korang boleh claim dengan authorized dealer tempat korang anta servis keta bila ada berlaku kerosakan teknikal (contohnya human error bila pasang spark plug dsb). Korang tak boleh buat camtu kat worksyop pokok ceri sebab kat situ bukan authorized dealer. Korang nak saman worksyop tu pun tak boleh kalo enjin keta korang meletup pas servis keta kat situ.


2. Korang leh bising-bising kat authorized dealer tu kalo tukar apa-apa barang tapi still lagi mengalami kerosakan yang sama. Derang akan layan korangnye kebisingan itu. Tegas-tegas sikit bila bising tu sebab nanti authorized dealer ni takut hal-hal camni sampai kat telinga kitaorang. Tapi make sure benda yang korang cakap tu betul, sebab bila kitaorang check every details ada ramai customer yang kantoi menipu dealer. Pendek kata nak bising pun kena ada point la ye..


Oklah, cukup aje la aku bagitau yang main point aje. Cuma aku bagitau tak rugi korang pi servis kat tempat authorized dealer. Apahal tetiba aku cite pasal servis arini. Mentang-mentanglah kena keje kan...


Dari hari Jumaat sampai hari ni first time dalam hidup aku menerima seorang tetamu bernama 'IBU MERTUAKU'. Masa sebelum ibu mertuaku ini sampai umah aku, betapa gelisahnya ku jangan citelah. Macam-macam hal dalam kepala otak aku. Jadi menantu pompuan ni lain. Banyak benda yang ibu mertua akan memerhatikan. Aku rasalah. Masa awal-awal dia sampai aku gelisah gak, ye la... kalau mak kite sendiri lain cite kan. Nak masak ke tanak ke mak kite kan.. lain citenya. Tapi sampai ibu mertuaku dah balik arini, so far tade masalah pun. Bila dah lama-lama aku buat selamba je dalam umah tu, tade nak control-control kan. Dah tu umah kite kan... So, sebenarnya tade pape pun. Mana ada zaman filem 'IBU MERTUAKU' dah. Kalau ada sekali pun aku takkan nak dok pasrah aje. Tidak sesekali....
Comments: Post a Comment