Thursday, February 15, 2007



Seumpama Rama-Rama,

Terbang Bebas Di Udara Tanpa Ada Halangan

Aman Damai Suka-Suka,

Riang Ria Tanpa Ada Rasa Duka Sengketa

Rama-Rama

Ekspresif Dirimu,

Menawan Hatiku, Ingin Aku,

Terbang Bersamamu Melihat Kerenah ,

Melihat Telatah, Manusia Yang Sering Telagah..

Ekspedisi Ini, Bagai Tiada Henti , '

Kan Menjadi, Antologi Diri

Terhentilah Mimpi,

Terhapuslah Sepi,

Sanubari,

Yang Lebih Berani

Terminal Yang Pasti,

Salju Fitrah Hati Kerana Yang Sejati,

Tiada Gentar Lagi,

Terbanglah Ke Sini,

Mencari Yang Abadi

Terbanglah Ke Mari,

Mencari Hakiki Seumpama Rama-Rama,

Melewati Panorama,

Yang Penuh Warna – Warni

Tawan Bunga Tawan Taman,

Dengan Aksi Lincah Berputik,

Hidup Yang Harmoni Rama – Rama..............


Ini lagu baru Ella. Kite suka sangat lagu ni sekarang. Lirik die yang best dan melodi yang rancak-rancak campur rock suara Ella tu. Memang best. Cam susah aje nak nanyi lagu ni, ehehe, macamlah kite nak nyanyi kan...


Malam tadi kite pegi tengok wayang. Best. Cite die THE HOLIDAY. Dah lama kite nak tengok cite ni, sejak kite baca sinopsis dalam TGV website. Review coming soon setori. Pas kite baca sinopsis, kite dah agak cite ni memang best. Dan kite pun rekemanlah kengkawan kite yang kaki wayang tengok cite tu. Terbukti memang best. Terer gak kite ni convince orang, padahal kite sendiri lom tengok lagi. Sinopsis? Malasnya nak cite, korang pegilah tengok sendiri. Memang best. Sesapa yang suka layan romantic comedy cite ni memang sesuai sangat.


Semalam masa kitaorang (kite dengan opismate) on the way nak pegi One Utama, kawan kite tu leh tersesat padahal dia ni memang selalu sangat pegi sana. Tempat rasmi dia dan tunangnya berdating. Mana tak sesatnya, kitaorang tengah rancak mengumpat orang. Tu lah, tak baik ngumpat kan dah sesat. Sampai aje kat sana, terus kitaorang cepat-cepat pegi kat GSC. Beraturlah nak beli tiket tu kan. Bila sampai time kitaorang, seat yang available ialah paling depan. Hurm, memang tanaklah dok depan. Sakit tengkuk tau. Pastu, clerk (yeke) yang jaga kaunter tu bagitau lagi 15minit tiket yang direserve akan release. So, kitaorang pun decidelah nak try yang release tiket since dah tak lama kan. Masa tu jam kol 815malam, sembahyang lom, makan pun lom. Bila dah lepas sembahyang, kitaorang pegi balik kat kaunter tu. Mak aihhh, ramai giler orang. Beraturlah jugak kitaorang dengan harapan dapatlah seat yang best. Ehehe, dan nasib baik dapatlah tengok wayang akhirnya.


Kitaorang tapaulah 1901 Hotdog tu makan sebab nak makan benda lain dah tak sempat. Hurm, tapi menyesal gak sebab cite tu start kol 920malam. Lama betul iklan. Dalam iklan tu aku nak tengok cite The Hitcher. Cite suspense thriller. Nampak cam best aje. Masa tengah syok tengok cite tu tetiba aje skrin wayang tu blackout. Sabo ajelah. Adalah dalam 10minit skrin tu gelap gelita aje. Ni lah first time aku tengok wayang, skrin tetiba blackout. Panas sangat kot. Dalam kol 12malam kitaorang baru blah dari OU tu. Kesimpulan tak rugi kite bayanr RM7 nonton cite tu.
Comments: Post a Comment