Thursday, May 03, 2007
Bisakah
Best woo 5 hari bercuti di kampung tapi macam biasa still rasa tak puas. Banyak la aktiviti yang aku buat kat sana. Dari makan segala jenis makanan yang aku suke, jumpa member, lepak tengok tv tanpa ada halangan (remote aku pegang tu..haha), membuta dan sebagainye. Huh, bahagia sungguh hidup camtu tapi ada income masuk. Kalo hidup camtu tapi tadak income tade makna jugak kan.
Sekarang tiap-tiap hari dan almost seharian aku layan lagu 'Bisakah' oleh Pn Siti kite tu. Eh, Datuk Siti dah eh rupenya. Muda lagi dapat Datuk kan. Best bangat. Aku suka betul lagu tu dan memula aku dengar aku konpius sketla dengan liriknye sebab tak dapat tangkap maksud sebenornya. Nak kata frust bercinta dan yang seangkatan dengannye, tak jugak. Tadi kat opis aku dengan gegehnye donlod la VC bisakah ni dan layan sepanjang hari (gile sungguh). Pastu gali punya gali barulah aku paham lirik cite ni tentang sorang social activitist yang tulun gadis yg drug addict menghadapi masyarakat dan ketagihannye. Good setoriline. Best betul. Gali dan gali lagi rupanye, memang ada motifla mengapa Siti pilih Pengasih sebagai tempat shooting VC tu. Siti kan duta Agensi Dadah Kebangsaan, so salah satu fungsi lagu ni ialah menyedarkan betapa bahayanye penyalahgunaan dadah. Bagi aku tis is the best VC penah Siti buat. Bukan sekadar VC yang bodoh-bodoh frust bercinta ke apa ke, tapi sarat dengan moral value. Baguslah... memang aku puji menggunung VC ni sebab best dari segi storiline dan yang seangkatan dengannye. Btw, director VC ni Osman Ali, orang yang penah buat filem pasal gejala AIDS sume la (Malaikat di Tepi Jendela n Anak Halal). Yang penting, aku sukerrrrrrrrrrr...... Owh ye..penulis lirik bisakah ni Teshh RS bukan Siti ye. Dasatla dia ni buat lirik. Best best best.
Aku bagi full mark la untuk VC ni 10/10 and bagi aku inilah the best VC aku penah tengok (dari buah tangan orang Malaysia yea..bukan import yea..). Patutla lagu ni masuk Juara Lagu balik, rupanye memang ada mesej yea.
Bisakah
Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa
Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?
Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Suker Siti menang kat AIM14. Tak sangka still lagi ada award yang akan dia bawak balik. Aku tadelah panatik Siti, tapi aku kagum bangat dengan bakat dia dan usaha yang dia buat untuk dia sampai ke tahap sekarang. Dan aku gumbira sangat budak botak tu tak menang apa-apa pun. Haha, terbukti memang die Lagenda(opps..ada ke lagenda) Raja SMS in the making.
Comments:
Post a Comment