Friday, June 08, 2007

Hidup memberi....



Malam tadi balik keje, aku dapat surat yang buat aku hepi even seminggu nimacam-macam jadi. Salah satu impian aku nak jadi PENDERMA ORGAN akhirnya dah berjaya. Alhamdulilah. Dah lama aku tingin nak daftar tapi disebabkan ketiadaan borang secara online menyebabkan aku malas turun ke Pusat Transplan Negara untuk mendaftar. Satu hari setelah aku nonton di cenel 77, gift of life tajuknye, aku kembali aktif search die Internet dan akhirnya jumpalah satu link. Register dan post borang ke PTN. Dalam masa seminggu, PTN reply surat aku dan bagi aku kad penderma organ. Alhamdulilah, salah satu hajat aku dah tercapai.


Bila aku mendaftar, terniat di hati agar organ aku dapat membantu sesama Islam, tapi bile memikirkan bangsa lain lebih ramai mendaftar lebih dari Melayu, mereka ti dak pernah berkira untuk diberi kepada siapa organ itu nanti. Lagi pun Jika Allah memberi kehidupan kepada hamba-hamba-Nya tanpa memilih di antara yang beriman dan tidak beriman, siapa kite untuk bersikap sebaliknya kan.


Melayu yang mendaftar sebagai penderma hanyalah 8% berbanding dengan Cina 64% dan India, 22%. Begitu sikit sekali bangsa Melayu yang mendaftar. Mungkin kerana kurangnya pendedahan, pengetahuan, dan limition budaya menyebabkan Melayu menjadi terlalu sikit sebagai penderma. Bukankah Islam agama rahmat seluruh alam, menjadikan diri kite semua kasih kepada mukmin, dan prihatin kepada sekalian yang lain. Islam agama yang cantik, indah, dan rahmat bagi sekalian alam. Agama yang datang untuk manfaat manusia dan untuk kebersamaan.


Semoga keputusan aku mendaftarkan diri sebagai penderma organ, boleh meyakinkan setiap insan yang aku temui, bahawa kemuncak tertinggi bagi sebuah hidup ini… adalah dengan mengertikannya pada MEMBERI..


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai penderma, klik link di bawah. Untuk penerangan lebih lanjut tentang derma organ, dah banyak kali di bincangkan dalam rencana di surat khabar, search sahaja di search engine dan banyak jawapan. Klik je kat mana-mana.


http://www.rayma.com.my/giftoflife/signup.html
Comments: Post a Comment