Tuesday, July 10, 2007
Wah..lama betul tak hapdate..almost 3 minggu berturut-turut bizi memanjang. Sampai cite aku pegi Taman Negara tak tertulis lagi. Tak sempat la. Sempat baca blog orang aje, tu pun sebelum balik keje.
Balik dari Taman Negara aku dah dapat beberapa orang kawan baru. Hehehe, syok jugak kenal kawan-kawan baru. Al-maklumlah aku ni kan pemalu, hehe. Apa nak buat kan. Walaupun satu opis, tapi bila pegi event camtu barulah dapat saling kenal mengenali. Kalo tak setakat senyum-senyum ajelah time bertembung. Itu ajelah. Nantilah aku tulis dan upload gambar kat Tmn Negara. Memang best gile lah gi sana. Best sangat sampai sekarang aku masih terkenang-kenang kat sana padahal dh dekat 2 minggu balik. Wallpaper pun almost tiap-tiap hari bertukar aje.. Hehe, seronok betullah. Nantilah ada masa yang panjang aku hapdate. Sekarang betul-betul ngak sempat..
Penah dengar lagu Sandaran Hati by Letto tak? Aku tengah suka band dari Indon tu sekarang, suka sangat tadelah tapi bolehlah layan. Suka vokalis nye iaitu Noe. Tadi aku baru tau Noe adaalah anak Kepada Emha Ainun Nadjib. Emha ialah anatara budayawan Indonesia yg tulisannya dan percakapannya amat aku suka. Patutla Noe ni pandai betul menggunakan ayat bila berbicara dan buat lrik. Ekceli lagu Sandaran Hati itu pasal ketuhanan. Jangan salah anggap plak. Ahli band yg lain dalam Letto menggelarkan Noe as a genius. Plus dia ada degree Math n Physic dr universiti kt US. Then maybe kebolehan dia mengungkap kata-kata dengan spontan tapi sangat bermakna. Aku rasa kalo dapat kenal Noe ni mmg best lah. Ciri-ciri orang yang aku suka gakla. Tapi tok sahlah nak berangan kan akan jumpa dia. Bile masa kan nak terjumpa..hehe..mengarut aje.
Nanti aku sambung upload gambar Noe dan apa kata-katanya.. Blog wat hal xleh upload gambar laks..huh..nyampah aku
Comments:
Post a Comment