Thursday, August 30, 2007



About me and myself...


1. Nama aku agak pelik. Sebab tu aku tak suke seisi berkenalan secara lisan sebab aku pasti terpaksa ulang 2 kali nama aku. Kadang-kadang 3 kali supaya orang boleh dengar dengan jelas nama penuh aku. Kadang-kadang aku just bagitau nama pendek aku. Bile tanya nama penuh baru aku cakap. Penah aku rasa tak suka dengan nama sendiri sebab bagi aku susah. Tapi bila dah makin besar dan matang, aku dah ok.


2. Fizikal aku kecik. Hehe. Betul. Tinggi aku just 150cm sahaja. Pastu berat aku 40kg. Kadang-kadang aku jeles tengok fizikal org lain dengan ketinggian yang normal. Sonok. Tapi ada manisnye. Aku selalu nampak muda dari usia aku yang sebenarnya. Awet muda ke aku ni.. Adik aku selalu tension bile aku masuk dorm die sebab kwn-kwn die akan cakap aku ni adik die. Hehe..


3. Aku seorang yg berani. Fizikal aku sahaja yang kecik, tapi semangat aku besar. Keberanian aku besar (puji diri sendiri). Orang selalu tak sangka aku boleh buat perkara yg memerlukan kekuatan fizikal (hiking, climbing).


4. Patriotik. Hehe, memang aku seorang yang patriotik. Tak sangka ada orang notice aku berjiwa begitu yea... hehe


5. Aku tak suke taugeh. Benci betul. Kalo order mee, bihun, keaw tiaw aku akan make sure cakap tanak taugeh.


6. Aku seorang yang pendiam. Lebih suka mendengar dari bercakap.


7. Keupayan menulis aku tak sama dengan bercakap. Bile menulis aku memang cekap. Aku mampu buat lawak. Pendek kata, aku berjaya express apa yang aku rasa bile aku menulis.


8. Aku mudah ingat no plate kenderaan. Sebabnye bile aku drive aku suke tgk plate keta org.


9. Aku tak suka baca novel Alaf 21. Aku lebih prefer bahan bacaan dari Dewan Bahasa dan Pustaka.


10. Aku tak mudah marah. Tapi bila aku start marah, memang teruk.


11. Masa sekolah aku suka dan terer subjek hafalan. Tapi sebenarnya aku teringin nak terer dalam subjek pengiraan.


12. Aku susah nak expresskan perasaan sayang suka dan yang seangkatan dengannya. Kadang-kadang orang akan lihat aku seperti tak amik berat dalam sesuatu hal. Tapi sebenarnta tak camtu.


13. Aku bukan jenis up to date pasal fashion. Hehe


14. Aku tak pandai benda berkaitan seni. Tapi aku minat dengan seni.

Comments: Post a Comment