Wednesday, August 15, 2007
Terasa nak buat azam baru pulak. rasa cam nak update blog sentiasa tapi susahlah. manjang ada hal aje. kalo tade hal pun, ada jugak hal lain. apa aku merepek ni. dan satu benda yang aku tak suka buat is tulis tittle each blog. kalo xde pape yg menarik, xdenya aku nak tulis tittle. tak retila..
semalam aku mc. seharian dok kt umah. mlm sebelumnya aku muntah 4 kali. tatau nape, aku pun tak paham. gastrik ke, keracunan ke apa ke. tapi housemate aku sorg pun tatau aku mc. aku malas nk bagitau. bile derang tanya nape bangun lambat, aku cakap aku tak masuk opis, ada site support. ntahla, aku just tanak aje derang? adakah sebab aku ego? adakah dengan bagitau derang aku mc, menunjukkan aku ni 'vulnerable'? tatau, aku just xnak bgtau aje. rasa cam tak best aje org tau aku mc. bile dh dok umah, aktiviti ialah ngadap tv. best sungguh. mcm-mcm cite aku tengok. kebanyakkan drama kt tv1 ni best-best la. tapi sayang, cam biasalah rtm ni kurang sangat promosi. kalo derang bg promosi kaw-kaw cam tv3, konpem rating naik. tv3 tu promosi kaw-kaw tapi kdg-kdg citenya hampeh aje. balik-balik cite orang kaya berebut harta. bwk keta besar, punya yarikat mega-mega. ntah hapa-hapa. boringla gitu. derang ingat org golongan camtu tengok ke drama melayu. buatlah cite golongan sederhana kan. barulah menarik. cerita yg berpijak di bumi nyata. sekarang ni tengah mood merdeka, cerita kt rtm sume best-best.
mlm tadi, aku xde mood nak tengok tv. pas solat isyak, aku terus landing. sambil tu cam biasa main sms. tengah-tengah bersms aku leh jadi sedih. ishh, sensitif betul emosi aku lately. mudah benar nak terasa dengan benda-benda yg kecik-kecik. aku pun tak pahamla nape. maybe lepas apa yg terjadi, aku dh bertukar menjadi org yg sensitif, lebih pendiam dari dulu. iye, berubah semuanya. tido dalam keadaan sedih. tapi tersedar jgak bangun sahur. sahur mkn biskut dgn air milo aje. xde selera la. dahla sakit pun xberapa baik lagi. pas subuh, sambung tido. hasilnye pukul 715 baru bangun. mandi, sidai baju, iron baju. sekalik gerak ke opis kol 805 pagi. dah lambat sebenarnya. mana taknye asyik membelek membetulkan tudung. boring betul. nasib baik sempat sampai opis sebelum 830. hehe. cekap gak aku.. tadi kat opis aku, mawi datang launch model baru proton tu. hurm, aku kan tak minat pun dia, so tengok die pun tak teruja langsung. tak tengok pun dia sampai abis. sebelum dia nyanyi pun aku dah naik atas. kalo dah tak minat kan, buat apa pun tak suke. betul tak...
Comments:
Post a Comment